[V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"
LEBIH dua tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang sebelum dipindahkan ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan mental, penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman mengakui tidak pernah bermimpi menjalani hidup di balik tirai besi.
Menurut Yasin, kehidupannya yang sebelum ini bebas berubah dalam sekelip mata selepas ditahan polis.
Yasin atau nama lengkapnya Muhammad Yasin Sulaiman ketika ditemui Kuali sempat berkongsi cerita tentang makanan yang dimakan sepanjang lebih dua tahun berada di penjara.

Sekadar berkongsi pengalaman dalam tahanan tanpa niat memburukkan sesiapa, lelaki berusia 50 tahun ini berkata jika sebelum ini dia boleh menikmati pelbagai makanan lazat, di penjara dirinya hilang nikmat makan.
"Sehari kami (banduan) diberi makan empat kali, termasuk minum petang.
"Makan tengah hari dan malam kami diberi makan nasi, ikan goreng atau ayam bersama kuah kosong.
"Alhamdulillah, sekadar makan untuk hilangkan rasa lapar itu sudah cukup memadai," kata penyanyi lagu Salsabila itu.

Bercerita lebih lanjut, Yasin berkata sepanjang dua tahun di penjara, selama tempoh itu jugalah dia tidak makan makanan berasaskan daging.
"Daging langsung tak ada. Sepanjang lebih dua tahun saya di penjara, dua tahun jugalah saya tidak menjamah daging.
"Cuma yang ada ikan seperti ikan 'jaket', pari dan sardin," katanya.
Mengenai tanggapan masyarakat bahawa makanan di penjara rasa 'kosong' tanpa garam dan perasa, Yakin mengakui kebenarannya namun dia bersyukur kerana masih diberikan rezeki.
MENARIK DIBACA: Subur, gemuk-gemuk! Bayam tumbuh berselerak di kebun Farah Ahmad buat ramai 'geram'
MENARIK DIBACA: Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"
"Sudah tentu makanan di penjara kurang rasa.
"Kalau lauk berkuah itu ibaratnya seperti air kosong.
"Kalau ada rasa pun cuma sedikit sahaja," kongsinya lagi.
Sepanjang lebih dua tahun saya dipenjara, dua tahun jugalah saya tidak menjamah daging. |Yasin Sulaiman
Ketika ditanya jika ada makanan penjara yang dirindui, Yasin enggan menipu dirinya sendiri dan juga masyarakat.
Yasin seolah-olah enggan lagi mengingati makanan penjara, malah langsung tidak merindui makanan di sana.
"Tak nak! Tak ada langsung (rindu) dengan makanan penjara.
"Kalau boleh saya tak nak lagi makan makanan penjara.
"Bersyukurlah anda berada di luar, boleh makan macam-macam," katanya tersenyum sebagai tanda syukur.