info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Rita Rudaini tak kisah 'shopping' barang dapur seorang diri, ada ChatGPT di sisi dah cukup!

Lead Image

JIKA orang lain lebih selesa keluar membeli barang dapur bersama pasangan, anak atau sahabat, lain pula dengan pelakon handalan, Rita Rudaini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui lebih gemar keluar membeli belah seorang diri.

Menurut Rita, 50, keluar berbelanja seorang diri tidak menunjukkan hidup seseorang itu 'kesunyian' apatah lagi kini dia mempunyai ‘rakan’ yang sentiasa sedia menemani dan membantu membuat pilihan iaitu ChatGPT.

Antara komen netizen yang juga sering ditemani ChatGPT ketika berbelanja.

“Tak kisah pun jalan sorang-sorang. Zaman sekarang 'shopping' seorang tak sunyi dah.

“Nak pilih roti, tanya ChatGPT. Nak pilih tuna, tanya ChatGPT. Nak pilih yogurt pun tanya ChatGPT,” katanya.

Menurut Rita, berbeza dengan berbelanja bersama pasangan atau rakan yang mungkin kepenatan atau mahu cepat pulang, ChatGPT pula sentiasa ‘melayan’ dirinya membandingkan barangan satu demi satu.

MENARIK DIBACA: Rita Rudaini sanggup belanja lebih, rancang menu anak sepanjang 'trial' SPM

MENARIK DIBACA: [V] Wanita kini setaraf dengan kaum lelaki, bukan hanya duduk di dapur – Qasrina Karim 

“Orang lain 'shopping' dengan 'bestie', dengan suami, sis (gelaran dirinya) 'shopping' dengan AI. 

"Tak merungut, tak penat tunggu, tak ajak balik, siap layan sis bandingkan barang satu-satu,” katanya.

Perkongsian tersebut ternyata menghiburkan netizen, malah ramai yang mengakui turut mempunyai tabiat sama iaitu merujuk ChatGPT ketika membeli belah atau membuat keputusan berkaitan makanan.

Tak kisah pun jalan sorang-sorang. Zaman sekarang shopping sorang tak sunyi dah.

Rita Rudaini

“Alhamdulillah aku tak gila rupanya selama ni. Rasa risau dah, tapi ada juga geng perangai sama kejap-kejap rujuk ChatGPT.

“Samalah saya pun tanya ChatGPT okay ke nak masak bihun tak buang ekor tauge, dia (ChatGPT) cakap tak apa boleh je, halal masih boleh makan.

“Kami yang ada suami pun lebih suka 'shopping' sorang-sorang. Lagi tenang dan puas hati,” tulis pengikutnya.

Perkongsian pelakon Mami Jarum itu sekali gus menunjukkan bahawa teknologi bukan sahaja mengubah cara manusia bekerja dan berkomunikasi, malah turut menjadi ‘teman’ ketika melakukan perkara harian seperti membeli belah barang dapur.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Selebriti

[V] Zizi Kirana cerita nikmat makan nasi goreng Cina ketika pelayaran ke Gaza, diberi roti hancur dalam tahanan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"

play

Terhangat