info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Key SHINee hebat memasak! Tanam basil di rumah, hias sajian ala restoran

Lead Image

SELAIN berbakat dalam bidang nyanyian dan persembahan, siapa sangka anggota kumpulan SHINee, Key, juga mempunyai kemahiran di dapur.

Key yang lahir pada 1991 memang dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai antara idola K-Pop yang hebat memasak.

Terbaharu, Key mencuri perhatian apabila berkongsi dua video dirinya menyediakan hidangan menerusi akaun TikTok rasmi SHINee.

Menariknya, kedua-dua menu disediakan mempunyai sentuhan masakan Itali iaitu salad burrata dan pasta kerang yang diberi julukan Kim's Pasta.
 

Key turut memetik sendiri daun basil yang ditanam di kediamannya sebelum digunakan dalam masakan.

Dalam video pertama, Key dilihat menyediakan salad burrata menggunakan bahan-bahan cukup ringkas.

Dia turut memetik sendiri daun basil ditanam di kawasan kediamannya sebelum digunakan dalam hidangan tersebut.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Sajian istimewa di hati... Wanita kongsi cara buat nasi ulam, aroma harum sukar nak tolak

Semua bahan itu dipotong dan disusun di atas pinggan mengikut kreativiti sendiri, sebelum keju burrata diletakkan di bahagian tengah.

Walaupun menggunakan bahan ringkas, hasil akhirnya cukup menarik dan kelihatan seperti sajian dihidangkan di restoran.

Pasta kerang hasil air tangan Key atau Kim's Pasta kelihatan cukup menyelerakan seperti hidangan di restoran

Menerusi video kedua, Key sekali lagi menunjukkan kemahirannya di dapur dengan menyediakan hidangan pasta bersama kerang.

Bukan sahaja nampak menyelerakan, susunan pasta tersebut juga kelihatan kemas seperti hidangan disajikan di restoran.

Key turut dilihat menganggukkan kepala ketika menikmati masakannya sendiri, seolah-olah cukup berpuas hati dengan hasil Kim's Pasta.

Video masakan itu turut mendapat perhatian peminat SHINee atau dikenali sebagai Shawol, yang kagum melihat kebolehan Key menyediakan hidangannya sendiri.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

[V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Evertts Gomes suka masuk dapur sejak kecil, intai rahsia masakan ibu - "Selalu juga kena marah, dihalau"

Terhangat