info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Kaki ayam cepat empuk hanya guna baking soda! Jimat masa dan gas

Lead Image

KAKI ayam memang lambat empuk apabila dimasak kerana lazimnya ia mengambil masa antara 40 hingga satu jam untuk bahagian tersebut lembut.

Selain perlu menunggu lama, sudah tentu lebih banyak penggunaan gas diperlukan untuk tujuan ini.

Sebenarnya terdapat petua mudah yang boleh digunakan supaya kaki ayam cepat empuk, malah hasilnya juga lebih enak.

Hasilnya kaki ayam cepat empuk ketika dimasak.

Menerusi perkongsian di TikTok Kak Wani.Tips Dapur Jimat Masa, baking soda dapat membantu anda melembutkan kaki ayam.

Jom ikut petua seperti yang dikongsikan.

  1. Cuci kaki ayam hingga bersih kemudian masukkan dalam mangkuk atau bekas sesuai.
  2. Rendam kaki ayam tadi dengan air secukupnya lalu masukkan satu sudu besar baking soda.
  3. Biarkan kaki ayam direndam selama 15 minit.
  4. Bilas kaki ayam sehingga bersih sebelum dimasak mengikut menu pilihan anda.
  5. Hasilnya, kaki ayam jadi cepat empuk selain dapat menjimatkan masa dan gas dapur.

MENARIK DIBACA: Cara mudah buang tulang kaki ayam guna playar, tak perlu cabut satu-satu

MENARIK DIBACA: Kaki ayam matcha rangup dan enak, cuba sekali pasti nak lagi

Dalam dunia masakan, teknik merendam kaki ayam dalam bancuhan baking soda dikenali sebagai 'velveting'.

Baking soda atau dikenali sebagai natrium bikarbonat merupakan bahan bersifat alkali dan mampu meningkatkan nilai pH pada permukaan daging.

Keadaan ini menghalang protein daripada mengecut dan mengeras apabila dipanaskan, sekali gus membuatkan kaki ayam cepat empuk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Rahsia telur dadar kedai Thai enak lain macam, padahal goreng 'kosong' je!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Minuman herba halia bakar dikatakan bagus minum waktu pagi

Terhangat