Kaki ayam matcha rangup dan enak, cuba sekali pasti nak lagi
SELEPAS minuman matcha jadi fenomena, kini makanan berasaskan teh hijau itu pula semakin menjadi kegilaan ramai.
Pencuci mulut, ais krim dan pelbagai jenis pastri serta kuih berasaskan matcha kedengaran enak tetapi amat pelik jika serbuk teh hijau Jepun itu dimasukkan ke dalam hidangan tak disangka-sangka.
Antara yang mencuri perhatian ialah kaki ayam matcha yang dikatakan rangup di luar, lembut di dalam dengan aroma matcha yang cukup istimewa.
Jika anda gemar mencuba makanan viral atau ingin merasai kelainan, resipi kaki ayam matcha oleh pempengaruh asal Filipina, Randolph Valmoria ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai.

Bahan-bahan
- Kaki ayam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada hitam
- Tepung jagung
- Serbuk matcha
- Minyak masak
- Garam
MENARIK DIBACA: [V] Erysha Emyra tak pandai masak sajian Melayu, lebih suka hidangan barat dan Jepun
MENARIK DIBACA: Kombinasi 3 rasa sempurnakan keenakan udang masak masam manis, pedas
Langkah penyediaan
- Rebus kaki ayam bersama bawang merah, bawang putih, lada hitam dan garam secukupnya sehingga empuk, lalu angkat dan toskan.
- Bancuh serbuk matcha, salut kaki ayam dengan tepung jagung lalu celupkan ke dalam bancuhan serbuk matcha tadi.
- Panaskan minyak, goreng kaki ayam sehingga masak.
- Sedia untuk dihidangkan bersama pencecah sos salsa.