Cara buat 'soft cookies' coklat guna 'air fryer'... Punyalah mudah, masak santai-santai pun jadi!
TAK perlu lagi menunggu musim perayaan untuk menikmati biskut cip coklat!
Hanya guna 'air fryer', sesiapa sahaja boleh menghasilkan biskut rangup di luar dan lembut di dalam (soft cookies).
Satu perkongsian resipi mudah dan menggunakan bahan ringkas di media sosial menjadi perhatian ramai kerana sesuai untuk mereka yang baru mahu mencuba aktiviti 'baking' di rumah.
Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali Angelmrcy berkongsi cara menyediakan'soft cookies' coklat menggunakan 'air fryer' yang hanya perlu dibakar sekitar 10 minit.
"Saya buat sambil menggigil. Akhirnya jadi biskut cip coklat pakai 'air fryer'," kongsinya.
Menurutnya, resipi itu istimewa kerana menggunakan bahan-bahan mudah didapati, sesuai dihidangkan kepada tetamu dan ahli keluarga.

Bahan-bahan
- 125g mentega (suhu bilik)
- 70g gula perang
- 50g gula kastor
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 180g tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking soda
- Secubit garam
- 100g cip coklat
MENARIK DIBACA: Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat
MENARIK DIBACA: Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'
Langkah penyediaan
- Pukul mentega dengan gula perang dan gula kastor sampai sebati (tak perlu kembang sangat).
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
- Ayak tepung, baking soda dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan cip coklat dan gaul.
- Bentukkan bebola kecil, susun atas kertas pembakar, jarakkan bebola kerana ia akan mengembang.
- Panggang dalam 'air fryer' pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit.
- Keluarkan dan biarkan atas dulang kira-kira 10 minit. (Biskut sejuk akan berubah tekstur menjadi keras dan rangup).