Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat
KALAU ada lebihan nasi jangan dibuang, selain dijadikan nasi goreng boleh juga olah menjadi resipi minum petang enak iaitu kek cawan coklat.
Resipi kreatif unik ini memberikan rasa kek cawan lebih lembut malah gebu dengan kemewahan rasa coklat memikat, menjadikan setiap gigitan begitu memuaskan tanpa rasa muak.
Kek cawan ini sangat sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang bersama keluarga. Saiznya yang kecil mudah dihidang sambal berkumpul dengan anak-anak.
Selain rasanya sedap, resipi kek cawan ini juga sesuai untuk pemula baharu belajar membuat kek tanpa memerlukan teknik rumit.

Bahan A
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 tin susu sejat
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan minyak jagung
- 2 paket ovaltine 3in1
- 2 biji telur
- Sedikit coklat flakes
MENARIK DIBACA: Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!
MENARIK DIBACA: Spageti ala mamak, ‘twist’ rasa Malaysia menambat selera
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara penyediaan
- Masukkan bahan A ke dalam pengisar dan dikisar sehingga halus
- Kemudian tambah telur dan kisar seketika agar sedikit sebati dengan bahan sedia ada.
- Selepas itu, sediakan bahan-bahan B pula dan pukul perlahan agar adunan sebati.
- Susun kertas kek cawan atas dulang pembakar kuih.
- Tuang adunan sebanyak 3/4 daripada kertas kek cawan. Tabur coklat flakes sedikit.
- Kemudian panaskan ketuhar suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
- Apabila sudah panas, bakar adunan pada suhu 150 darjah selsius selama 25 minit mengikut jenis ketuhar.
- Siap untuk dihidangkan panas-panas!