info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Ayam masak mentega versi Che Sayang kuah pekat berkilat, mudah je nak buat!

Lead Image

MENTEGA biasa digunakan sebagi bahan utama membuat kek, tetapi sebenarnya ia juga mampu menaikkan rasa pelbagai hidangan, termasuklah lauk pauk.

Dengan aroma lemak yang harum, mentega menjadikan sajian ayam lebih wangi, berjus dan kaya rasa berbanding menggunakan minyak biasa.

Perkongsian resipi ayam mentega oleh Che Sayang antara yang patut dicuba kerana menggunakan bahan-bahan ringkas dan mudah didapati di dapur.

Apa yang membuatkan hidangan ini lebih istimewa ialah gabungan sos pekat bersama bawang putih dan bawang Holland, memberikan rasa manis serta aroma menyelerakan.

Berikut dikongsikan resipinya:-

Gabungan sos pekat bersama bawang putih dan bawang Holland, memberikan rasa manis serta aroma menyelerakan.

Bahan-bahan

Untuk perapan ayam:

  • Ayam
  • Lada putih secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Sedikit tepung jagung

Kuah mentega:

  • 1-2 sudu besar mentega
  • 3-4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)

MENARIK DIBACA: 'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

MENARIK DIBACA: Wanita bangga sambal ayam resipi ibu tiri dari Indonesia kini jadi kegemaran anak-anak

Cara penyediaan

  1. Perap ayam bersama lada putih, sos tiram, kicap lemak manis dan tepung jagung. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika supaya bahan perapan meresap.
  2. Goreng ayam sehingga masak dan berwarna keemasan. Angkat serta ketepikan.
  3. Panaskan kuali, kemudian cairkan 1 hingga 2 sudu mentega.
  4. Tumis hirisan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan sos tomato.
  6. Tambah sedikit air, kemudian kacau sehingga kuah mula pekat.
  7. Taburkan serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
  8. Masukkan ayam goreng dan gaul hingga semua bahagian ayam bersalut kuah mentega.
  9. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang Holland dan gaul sebentar sebelum padam api.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Kaki ayam matcha rangup dan enak, cuba sekali pasti nak lagi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Santai makan popia durian rangup berlemak, nikmat minum petang sukar diungkap

Terhangat