info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Wanita bangga sambal ayam resipi ibu tiri dari Indonesia kini jadi kegemaran anak-anak

Lead Image

SETIAP orang pasti mempunyai hidangan yang mampu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. 

Bagi seorang wanita, Annetheaayra , sambal ayam yang sering dimasak oleh ibu tirinya berasal dari Indonesia menjadi antara menu paling istimewa yang sentiasa dekat di hati.

Menerusi perkongsian di Threads, dia berkata hidangan tersebut dimasak hampir setiap minggu ketika dia masih bersekolah. 

Sambal ayam tersebut sering dinikmati bersama bayam tumis air, menjadikan menu tersebut cukup menyelerakan sehingga makan bertambah.

Menurutnya, dia mendapatkan resipi tersebut daripada ibu tirinya sebelum mencuba memasak sendiri di rumah.

"Sejak itu lauk ini jadi antara menu kegemaran saya untuk dimasak. Ia tidak terlalu pedas kerana menggunakan lebih banyak cili merah besar," kongsinya.

Sambal ayam ini terasa lebih enak kerana menggunakan cili segar berbanding cili kering.

Lebih manis, hidangan yang pernah menjadi kegemarannya sejak kecil kini dimasak pula untuk anak sendiri sekali gus membuatkan dia berasa bangga.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warga maya yang tertarik dengan cara penyediaannya yang mudah serta penggunaan bahan-bahan asas ringkas.

MENARIK DIBACA:  Jurufoto tersinggung ditegur tuan rumah lepas ambil sebiji semperit - "Kalau tak dijemput, jangan makan"

MENARIK DIBACA: Gemar makan, minum manis... Malaysia dalam senarai top 15 pengambilan gula tertinggi dunia

Bahan-bahan:

  • 12 ketul ayam 
  • 10 biji cili merah besar
  • 10 biji cili api merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato

Cara penyediaan

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam sehingga halus atau mengikut tekstur yang diinginkan.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng.
  6. Gaul rata sehingga sambal menyelaputi ayam.
  7. Taburkan daun herba pilihan sebelum dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Buat tempoyak rupanya cuma guna dua bahan, mampu tahan bertahun-tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Roti canai tak habis makan, ramai buang sebab dah keras! Lelaki ini kreatif jadikan kuetiau goreng

Terhangat