info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

Lead Image

'PERANAN' bawang putih dalam menyedapkan masakan bukan lagi rahsia.

Siapa sangka untuk memasak ayam goreng sekali pun, bawang putih boleh menjadi 'senjata' bagi mendapatkan hasil yang lebih enak, wangi, rangup sekali gus membangkit selera.

Menerusi perkongsian @nabilahmazalan di Threads, menambah beberapa ulas bawang putih ketika proses menggoreng ayam mampu mamaksimumkan keenakan hidangan itu tanpa perlu menggunakan bahan yang rumit.

"Bila ayam goreng letak bawang putih, 'extra' sedaplah!," katanya menerusi hantaran di Threads.

Tambahnya lagi, resipi perkongsiannya tidak memerlukan bahan perapan yang banyak, sebaliknya hanya menggunakan beberapa bahan asas yang mudah didapati di dapur.

Perkongsian tersebut mencuri pehahatian netizen.

Bahan-bahan

  • Ayam 
  • Bawang putih tumbuk
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Tepung Bestari tidak pedas
  • Minyak bijan
  • Bawang putih ketuk sebanyak lima hingga enam ulas

MENARIK DIBACA: Dah ikut segala tip ayam goreng tetap pucat, tak dapat warna keemasan... Di mana silapnya?

MENARIK DIBACA: [V] Cara buat kepak ayam goreng 'crispy' tak perlu bancuh tepung, cuma guna satu kuali

Cara penyediaan

  1. Perap ayam dengan bawang putih tumbuk, sos tiram, kicap manis, tepung Bestari dan minyak bijan, kemudian gaul rata.
  2. Perap dalam 30 minit atau lebih lama supaya bahan perapan lebih meresap ke dalam isi.
  3. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana.
  4. Ketika ayam hampir masak, masukkan bawang putih yang telah diketuk ke dalam minyak dan goreng bersama ayam sehingga bawang putih bertukar warna keperangan.
  5. Hasilnya, ayam goreng bukan sahaja lebih harum dengan aroma bawang putih, malah bawang putih goreng yang rangup itu juga enak dimakan bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Buat tempoyak rupanya cuma guna dua bahan, mampu tahan bertahun-tahun

Terhangat