info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak

Lead Image

DAGING karahi merupakan antara hidangan tradisional Pakistan yang terkenal dengan kuah pekat, kaya rempah dan aroma yang membangkitkan selera. 

Menggunakan tomato segar, yogurt serta pelbagai rempah ratus, hidangan ini menghasilkan rasa yang pedas, berempah dan sedikit berkrim. 

Jika anda ingin mencari kelainan dalam memasak daging, resipi daging karahi Pakistan ini boleh menjadi pilihan yang sesuai untuk dihidangkan bersama roti nan, capati atau nasi putih.

Berikut ditunjukkan cara mudah menyediakan hidangan istimewa ini seperti yang dikongsikan pempengaruh masakan, Fatihahanapi.

Pelbagai rempah digunakan dalam masakan daging karahi Pakistan. Foto Fatihahanapi

Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 gram daging
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 6 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 6 biji tomato
  • 1 mangkuk yogurt
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cili padi hijau
  • Daun ketumbar

Bahan B 

  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 5 sudu besar serbuk cili

MENARIK DIBACA: Buat tempoyak rupanya cuma guna dua bahan, mampu tahan bertahun-tahun

MENARIK DIBACA: Peniaga 'tarik' satu bahan penting, terus hilang nikmat nasi lemak - "Jangan normalisasikan tak ada telur"

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, bawang putih dan halia.
  3. Masukkan enam biji tomato lalu tutup dengan penutup periuk dan biarkan seketika.
  4. Kupas kulit tomato dan lenyekkan sehingga hancur.
  5. Masukkan semua bahan B dan biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan yogurt dan kacau sehingga sebati.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Taburkan cili padi hijau dan dan hirisan daun ketumbar.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Singgang tenggiri mudah nak buat, enak tak terkata! 'Confirm' jadi walau tak pandai masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk

Terhangat