Singgang tenggiri mudah nak buat, enak tak terkata! 'Confirm' jadi walau tak pandai masak
LAUK singgang menjadi salah satu hidangan tradisional kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan menyegarkan serta mudah disediakan.
Buat anda yang baru sahaja 'berjinak-jinak' di dapur pasti menyangka masakan ini susah untuk dimasak.
Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai sheeyyrraa10 berkongsi resipi ikan tenggiri masak singgang yang dikatakan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak.
Menurutnya, hidangan tersebut tidak memerlukan bahan-bahan rumit.
"Kalau korang selalu ingat masak singgang susah, cuba tengok resipi ni dulu!
"Serius mudah bahan pun ringkas saja. Tapi bila siap, kuah dia memang buat bertambah nasi!" tulisnya.

Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Asam keping
- Cili
- Lengkuas
- Ikan tenggiri
- Bendi
- Garam
- Serbuk perasa
MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama
MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'
Cara penyediaan
- Masukkan air dalam periuk.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas dan asam keping.
- Rebus sehingga air mendidih.
- Apabila sudah mendidih, masukkan ikan tenggiri.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Biarkan sehingga ikan masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan bendi dan masak seketika sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.