Santai makan popia durian rangup berlemak, nikmat minum petang sukar diungkap
KALAU sebut fasal durian, ramai akan membayangkan aroma memikat dan rasa lemak manis yang cukup nikmat apabila disuap masuk ke mulut.
Isi 'raja' kepada segala buah itu juga boleh diolah menjadi menu unik dengan membuat popia durian.
Resipi popia durian ini dikongsikan oleh pembuat kandungan, Almiyaz, sekali gus mengundang keterujaan peminat durian untuk mencubanya sendiri di rumah.
“Popia durian. Siapa pernah makan? Sedap, boleh jual ni,” kongsinya ringkas.
Menariknya, resipi itu bukan sahaja mudah malah sesuai dijadikan kudapan santai bersama keluarga terutama pada waktu petang.

Bahan-bahan
- 1 biji durian
- 12 keping kulit popia saiz besar
- 120 gram tepung pisang goreng
- 3 sudu besar gula Melaka
- Air secukupnya
- Garam secukupnya
MENARIK DIBACA: Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih
MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"
Langkah penyediaan
- Pertama, keluarkan isi durian dan letakkan dalam satu mangkuk. Lenyekkan sedikit mengikut tekstur yang diinginkan untuk dijadikan inti.
- Seterusnya, ambil kulit popia dan balut kemas inti durian tersebut supaya tidak bocor.
- Dalam mangkuk berasingan, bancuh tepung goreng pisang bersama gula Melaka dan air. Gaul sehingga sebati, kemudian tambahkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa.
- Popia yang telah siap dibalut kemudian dicelup ke dalam adunan tepung tadi sebelum digoreng dalam minyak panas.
- Pastikan api dikawal pada tahap sederhana supaya popia tidak cepat hangit dan masak sekata hingga warna keemasan.
- Angkat dan tos seketika sebelum dihidangkan.
- Hasilnya, popia durian rangup di luar dan berlemak manis di dalam, memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut atau kudapan petang.