info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Basuh 3 kali, rebus 3 minit! Ini cara buat kentang goreng 'homemade', elak bagi anak makanan proses

Lead Image

KENTANG goreng memang menjadi antara kudapan kegemaran seisi keluarga, terutama kanak-kanak.

Bagaimanapun tidak semua kentang goreng di pasaran benar-benar berkhasiat kerana kebanyakannya adalah produk makanan diproses (ultra-processed food)

Disebabkan itu, kebanyakan ibu mula mencari alternatif lebih sihat termasuklah dengan cara menyediakan sendiri kentang goreng menggunakan bahan atau sumber yang lebih berkhasiat.

Seorang suri rumah, @sohaneem_ berkongsi cara menghasilkan kentang goreng 'homemade' yang dijamin rangup di luar tetapi lembut di bahagian dalam.

Suri rumah itu turut berkongsi resipi menghaislkan kentang goreng.

Setiap langkah penyediaan perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan tekstur kentang kekal sedap walaupun sudah sejuk.

"Amboi bagi anak makan makanan proses ke? You mean the one I washed, cut, cooked & packed myself? 

"No added nonsense, hanya kasih sayang. Ada rahsia bagi crunchy kat luar dan lembut kat dalam, ibu dah eksperimen," demikian kapsyen yang ditulis di Threads.

Menurutnya, terdapat beberapa langkah penting yang perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil kentang goreng yang sempurna.

MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

MENARIK DIBACA: Rakyat Malaysia 'spill' harga makanan di stadium World Cup 2026

Berikut cara penyediaan kentang goreng 'homemade' rangup:

Bahan-bahan:

  • Kentang secukupnya
  • Tepung beras
  • Sedikit garam (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Kupas dan potong kentang bentuk jejari mengikut saiz yang diinginkan.
  2. Basuh kentang sebanyak tiga kali untuk membuang kanji.
  3. Rebus dalam air mendidih selama tiga minit.
  4. Bilas menggunakan air sejuk.
  5. Tos dan keringkan kentang.
  6. Salut dengan sedikit tepung beras.
  7. Simpan dalam 'freezer' selama 30 minit atau chiller selama empat jam.
  8. Goreng hingga kekuningan dan rangup.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Santai makan popia durian rangup berlemak, nikmat minum petang sukar diungkap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Resipi lengkap dan tip mudah sediakan sosej 'homemade' untuk anak! Malam kisar, esok pagi tinggal picit

Terhangat