info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Rakyat Malaysia 'spill' harga makanan di stadium World Cup 2026

Lead Image

SEORANG warga Malaysia yang bekerja dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) mencuri perhatian apabila berkongsi harga makanan yang dijual di stadium pada kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 (FIFA World Cup 2026) yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Menerusi perkongsian dalam TikTok miliknya, Aiman Amerika, dia hadir ke San Francisco Bay Area Stadium di Santa Clara, California ketika perlawanan antara Qatar dan Switzerland.

Dalam video tersebut, Aiman berkongsi harga makanan ringan yang dijual di stadium yang disifatkan mahal berbanding harga biasa.

Sosej daging sahaja dijual pada harga AS$10 (RM41). Foto Gambar AI

"Jom aku tunjuk harga makanan yang dijual di stadium bersempena Piala Dunia FIFA 2026.

"Kalau korang nampak (merujuk papan harga digital), harga makanan untuk set kombo berharga AS$23 (RM95).

"Set kombo ni ada satu sosej daging, satu kerepek kentang dan satu air," kongsinya.

Selain set kombo, Aiman turut berkongsi harga untuk hidangan ala-carte dan makanan ringan.

MENARIK DIBACA: Masakan sering dipuji sedap, Farhan teringin buka kedai makan tapi risau tak cukup masa

MENARIK DIBACA: Viral ikan disumbat dalam sotong, PHM nasihat pengguna jangan cepat tuduh penjual menipu

"Kerepek sahaja harga AS$6 (RM24), chicken tender & fries harganya AS$18 (RM74), sosej daging berharga AS$10 (RM41).

"Kentang sahaja AS$8 (RM32)! Bayangkanlah.

"Air pula berharga antara AS$6 (RM24) hingga AS$9 (RM37). Tahu-tahulah harga World Cup memang mahal," ujarnya.

Perkongsian Aiman tentang harga makanan yang dijual di stadium sempena Piala Dunia 2026 menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi mencuit hati.

Ramai merungut apabila harga makanan yang dijual jauh lebih mahal berbanding kebiasaan.

Malah, ada segelintir netizen berseloroh membandingkan harga makanan stadium yang dijual di AS, tidak jauh beza dengan harga makanan yang ada di stadium Malaysia.

"Abang masuk pintu A bang, ada jual nasi lemak RM1.

"Kira murahlah tu 8 dolar, kat Malaysia peniaga dah 'hentak' harga kentang goreng RM10.

"Satu set kombo RM95? Orang macam saya tengok kat RTM Klik, minum teh bancuh sendiri jer laaa," kata netizen.

Kentang sahaja AS$8 (RM32)! Bayangkanlah.

AimanAmerika

Sebelum ini juga terdapat peminat dari luar negara yang berkunjung ke stadium dan menyatakan rungutan tentang harga makanan yang dianggap cekik darah.

Menerusi laporan media antarabangsa, penyokong yang hadir di beberapa lokasi di Amerika Syarikat dan Kanada berkongsi resit serta gambar menu yang menunjukkan harga makanan dan minuman yang dikatakan sama mahal seperti di acara sukan premium.

Difahamkan, harga minuman ringan dijual sekitar AS$7.75 (RM31) manakala air mineral pula berharga AS$5.25 (RM21).

Bagi makanan seperti piza, taco, burrito dan nachos pula dijual pada harga sekitar AS$20 (RM81) setiap satu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

"Kalau daging beku dah cair, berat sama ke?" - Peniaga buat eksperimen gara-gara soalan kanak-kanak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lewat hantar makanan ditempah, peniaga biadab salahkan pelanggan

Terhangat