info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Resipi lengkap dan tip mudah sediakan sosej 'homemade' untuk anak! Malam kisar, esok pagi tinggal picit

Lead Image

BAGI sesetengah ibu bapa, tugas menyediakan bekal untuk anak dirasakan begitu mencabar.

Jadi tak hairanlah jika ada yang memilih cara paling mudah iaitu memanaskan makanan segera atau diproses bagi menjimatkan masa terutama pada waktu pagi.

Bagaimanapun lain pula bagi seorang suri rumah, Ummu Hayyinah yang rajin menyediakan sendiri sosej dan nuget 'homemade' menggunakan bahan-bahan segar untuk anak-anaknya.

Lebih menarik, dia mempunyai satu trik mudah untuk menjimatkan masa di dapur iaitu dengan menyimpan adunan yang siap dikisar dalam 'piping bag'.

Perkongsian Ummu mencuri perhatian netizen.

Menurutnya, adunan boleh disediakan awal pada sebelah malam, kemudian hanya perlu dipicit ke dalam acuan atau terus dimasak keesokan paginya.

"I think mommy semua kena stand by satu pack piping bag la dekat rumah.

"Buat apa-apa adunan malam sebelum, isi dalam piping bag, kemudian letak dalam peti. Pagi tu tinggal picit je. Nak isi dalam acuan pun tak tumpah.

"Dah tau trick ni memang jimat masa dan tenaga. Lagi-lagi kalau jenis yang tak suka dapur berkecah," kongsinya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran lain, Ummu Hayyinah turut berkongsi resipi sosej homemade menggunakan pelbagai bahan berkhasiat termasuk sayur-sayuran dan makanan laut.

Berikut dikongsikan resipi adunannya:

MENARIK DIBACA: Wanita kesal guru 'larang' anak bawa bekal sebab ibu bapa murid lain mengadu tak dapat buat perkara sama

MENARIK DIBACA: Anak minta ibu buat bekal khas untuk ustazah kesayangan, ramai puji bento nasi lemak comel

Bahan-bahan

  • Isi udang 
  • Tofu lembut
  • Sebiji telur 
  • Brokoli 
  • Lobak merah 
  • Labu kuning 
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih 
  • Satu senduk nasi
  • 4 sudu tepung beras
  • 3 sudu tepung jagung
  • Sedikit air untuk memudahkan proses mengisar
Petua ini dapat mengelakkan anak-anak daripada makan makanan diproses.

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga mendapat tekstur yang halus dan sebati.
  3. Pindahkan adunan ke dalam 'piping bag'.
  4. Simpan di dalam peti sejuk semalaman jika mahu digunakan keesokan hari.
  5. Pada waktu pagi, picit adunan ke dalam acuan sosej atau bentuk mengikut kesukaan.
  6. Kukus atau masak sehingga betul-betul masak.
  7. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas bekal anak.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Basuh 3 kali, rebus 3 minit! Ini cara buat kentang goreng 'homemade', elak bagi anak makanan proses

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Ramen gulung keju enak tak terkata... Orang dewasa, kanak-kanak 'confirm' suka!

Terhangat