info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Ramen gulung keju enak tak terkata... Orang dewasa, kanak-kanak 'confirm' suka!

Lead Image

JIKA sudah bosan menikmati ramen dengan cara biasa, apa kata anda cuba resipi kreatif ini yang bukan sahaja mudah, tetapi juga menyelerakan.

Ramen bersalut keju berkrim yang kemudian digulung dengan kertas beras menjadikan hidangan inspirasi daripada popia atau 'Vietnamese roll' ini sesuai dijadikan snek seisi keluarga.

Lebih menyelerakan jika hidangan ini dimakan bersama sos cili dan mayonis seperti dilakukan oleh pasangan pempengaruh adik-beradik, Belal dan Abdul.

Keenakan ramen gulung keju berkrim ini bakal menjadi rebutan seisi keluarga.

Bahan-bahan

  • 3 bungkus ramen
  • 5 keping keju cheddar
  • 2 cawan susu rendah lemak
  • Kertas beras Vietnam
  • Bijan putih/hitam
  • Sos cili
  • Air

MENARIK DIBACA: [V] Iman Troye tak setuju Gen-Z tak pandai masak, cuma tahu 'order' makanan online

MENARIK DIBACA: Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar

Langkah penyediaan

  1. Rebus mi ramen sehingga lembut kemudian angkat dan toskan.
  2. Pindahkan dalam periuk lain, masukkan rencah dan sos mi ramen lalu gaulkan sehingga rata.
  3. Masukkan susu rendah lemak dan keju cheddar dan gaul sehingga sebati.
  4. Sediakan kertas beras lalu celupkan ke dalam semangkuk air sehingga lembut.
  5. Bentangkan kertas beras kemudian letakkan satu sudu mi ramen di atasnya dan gulung seperti menggulung popia.
  6. Tuang sos cili kemudian taburkan sedikit bijan
  7. Siap dan sedia untuk dijadikan snek untuk seisi keluarga.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Resipi lengkap dan tip mudah sediakan sosej 'homemade' untuk anak! Malam kisar, esok pagi tinggal picit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Ringkas dan premium... Wajib cuba pasta sardin berkrim, satu famili pasti suka!

Terhangat