Cara mudah buang tulang kaki ayam guna playar, tak perlu cabut satu-satu
KAKI ayam antara bahagian yang digemari ramai, dengan rasa berlemak dan kaya kolagen.
Sedap dibuat kerabu kaki ayam atau digoreng hingga rangup, namun sedikit leceh apabila bahagian tulangnya terpaksa diasingkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

Rupanya ada cara mudah untuk membuang tulang kaki ayam tanpa merosakkan tekstur atau bentuk asalnya.
Menerusi perkongsian @dapurchekam, tulang kaki ayam boleh dikeluarkan satu per satu dengan lebih mudah hanya menggunakan playar.
"Buang tulang kaki ayam, guna playar je," katanya menerusi hantaran video.
MENARIK DIBACA: Kaki ayam matcha rangup dan enak, cuba sekali pasti nak lagi
MENARIK DIBACA: Minah salih pelik kaki ayam jadi makanan, geli rasa nak muntah
Nak cuba buat sendiri? Ikuti cara mudah ini.
- Mula-mula, rebus kaki ayam selama lapan minit.
- Selepas direbus, terus masukkan kaki ayam ke dalam air sejuk yang berisi ais dan rendam seketika.
- Seterusnya, cabut kuku pada kaki ayam satu per satu.
- Belah sedikit kulit pada bahagian atas kaki ayam sebelum mula menarik tulang keluar satu per satu.
- Untuk memudahkan proses, kepit bahagian sendi menggunakan playar.
- Kemudian, pulas dan tarik tulang perlahan-lahan sehingga tertanggal dari isi.
- Bagi bahagian tulang yang lebih besar pula, pisahkan tulang dari isi terlebih dahulu.
- Masukkan jari pada bahagian bawah kaki ayam, kemudian pulas sehingga bahagian penyambung sendi tercabut.