Guna tip letak gula... Bau dan rasa kapur pada mi kuning hilang dalam 5 minit
MI kuning antara bahan yang sentiasa ada di dapur kerana mudah dimasak sama ada digoreng atau dimakan dengan aneka kuah seperti sup, bandung atau ladna.
Bagaimanapun mi kuning yang dibeli ada kalanya mempunyai bau kapur atau rasa yang kurang menyenangkan sehingga boleh menjejaskan selera makan.

Walaupun sudah dibasuh, rasa tersebut tetap ada malah dalam sesetengah keadaan apabila dicurah kuah mi akan bertukar kepada warna merah.
Jangan risau, ada petua mudah yang boleh dicuba di rumah menggunakan dua bahan sahaja iaitu air suam dan gula.
Caranya cukup mudah dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sebelum mi kuning sedia untuk dimasak.
MENARIK DIBACA: Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"
MENARIK DIBACA: Tekak tak boleh terima mi sebab trauma rasa kapur, wanita risau bakal mentua tak faham
Jom Kuali kongsikan tipnya:
- Masukkan mi kuning dalam mangkuk berisi air suam, kemudian tambah satu sudu gula.
- Rendam mi selama kira-kira lima minit sebelum buang air rendaman dan bilas sehingga bersih.
- Selepas itu, tos mi kuning dan boleh terus digunakan untuk menyediakan hidangan kegemaran.
- Mudah sahaja! Tak perlu bersusah payah, petua ringkas ini boleh dicuba bagi membantu mengurangkan bau kapur pada mi kuning sebelum dimasak.