Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"
BAGI kebanyakan masyarakat di Pantai Timur, mi lidi bukanlah sesuatu yang asing.
Mi lidi atau mi batang merupakan sejenis mi bersaiz halus dan lazimnya digunakan dalam pelbagai hidangan sama ada digoreng atau dimakan bersama kuah tertentu.
Malah, cara penyediaannya juga dikatakan berbeza mengikut tempat dan selera masing-masing.
Bagi yang membesar dengan hidangan ini, mi lidi juga mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding mi kuning biasa.
Perkara ini turut dikongsikan seorang wanita di Threads yang mengakui dirinya berselera setiap kali ibunya memasak mi lidi.
"Tak tahu nak cakap apa tapi setiap kali mak aku masak mi lidi ni mesti bertambah aku makan. Berbeza dengan mi kuning biasa tapi mi lidi orang Pahang je pandai masak dan makan," tulisnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat bukan orang Pahang sahaja yang pandai memasaknya, tetapi masyarakat pantai timur sememangnya sudah terbiasa dengan hidangan tersebut.
"Sebenarnya orang pantai timur je pandai bab mi lidi ni. Saya pernah tinggal kat negeri lain sebab belajar, merata cari mi lidi sebab nak masak tapi tak jumpa. Jadi saya guna spageti je sebagai pilihan terakhir.
MENARIK DIBACA: 'Resign' kerja bank demi buka kafe, usahawan berjaya bangkit lepas 2 kali hampir bankrap
MENARIK DIBACA: Peniaga kongsi ramuan buat serbuk perasa, sesuai untuk pelbagai jenis masakan
"Tak dinafikan mi lidi memang sedap tapi ni orang 'Ganu' la masak.
"Orang Terengganu bukan buat mi lidi goreng je, kitaorang buat laksa kuah putih makan dengan mi lidi," komen beberapa warganet.
Ada netizen menyatakan bahawa memasak mi lidi tidak memerlukan rencah terlalu banyak bagi mendapatkan rasa yang sedap.

"Mi lidi ni rencah bodoh-bodoh saja sedap dah, yang penting telur kena isi. Lepas tu 'lawan' dengan sambal nasi lemak dan keropok keping memang sedap. Mi ni pun sedap makan dengan kuah laksa. Kalau laksa biasa dah habis tapi kuah banyak lagi memang mi lidi jadi penyelamat.
"Betul, mak saya pun cakap kalau masak mi ni kalau 'adjust' rencah lain tak jadi. 'Dia' memang ada rencah 'dia' saja.
"Di Pekan 'famous' dengan mi batang/ lidi ni. Letak kuah nasi dagang sikit bertambah sedap. Rencah tak banyak, telur dengan bilis pun dah sedap," kongsi warganet.
Tak kurang juga netizen berkongsi tip mudah iaitu menggunakan lebih banyak bawang putih dalam masakan tersebut.
"Tip dia korang kena letak banyak bawang putih kalau boleh yang cincang. Tolonglah sedap letak seafood," katanya.