info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

"Setahun tak minum ais, perut dia flat" - Wanita kagum kesan disiplin pantang lepas bersalin

Lead Image

BENTUK badan yang langsing selepas bersalin antara perkara yang sering menjadi impian dalam kalangan wanita.

Ada yang memilih untuk mengamalkan pantang secara tradisional dengan begitu berdisiplin, tidak kurang juga mengambil pendekatan lebih moden dengan menitikberatkan aspek pemakanan dan senaman.

Antara pantang yang diamalkan adalah tidak mengambil minuman berais yang sering dikaitkan dengan penjagaan kesihatan dan bentuk badan selepas bersalin.

Seorang wanita di Threads berkongsi tentang kakak iparnya yang cukup disiplin menjalani tempoh berpantang dengan tidak mengambil minuman berais selama setahun.

Minuman manis antara yang patut dielakkan jika mahu perut kempis.

"Saya sangat kagum kakak ipar saya beranak dan berpantang secara disiplin dan tradisional. Setahun tau dia tak minum ais, setahun. 

"And guess what, perut dia flat tak buncit. Badan maintain cantik dan kulit cantik. Tak pernah dengar dia sakit-sakit," tulisnya.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempunyai pengalaman berbeza mengenai penjagaan badan selepas bersalin.

"Memang betul. Masa bersalin anak pertama dan kedua memang betul-betul jaga pantang. Minum air pun sikit-sikit saja.

MENARIK DIBACA: Bukan telur atau tahi! Ramai buang bahagian kuning ketam, rupanya boleh makan

MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'

"Lepas tu masa pantang anak nombor tiga tak jaga. Minum air sekali banyak makan ikut suka. Buncit dan senang masuk angin perutnya.

"Ada baiknya orang betul-betul berpantang. Nak ikut, ikut. Tak nak ikut, badan sendiri tanggung," antara komen netizen.

Tak kurang juga sebahagian besar warganet mempersoalkan adakah cara ini benar-benar menjadi faktor utama untuk mendapatkan bentuk badan kekal langsing.

Antara komen netizen di Threads.

"Kalau setahun dia tak minum ais, mestilah setahun juga dia tak minum Mixue, ZUS, bottled dry Americano with cream crown, matcha strawberry dan lain-lain. Padanlah slim!

"Jadi sebenarnya flat bukan sebab ais kan atau sebab pantang. Flat sebab calorie deficit, simple.

"Buncit tu sebab lemak yang terkumpul bukan sebab minum ais. Ais kosong zero kalori, kalau air panas, suam, sejuk berais jika manis memang tinggi kalori bila tidak dibakar akan jadi lemak.

"Belambak je orang pantang cara moden ke cara apa ke elok je badan slim, muka lawa dan tak buncit. Pucuk pangkalnya gaya hidup dan satu lagi genetik keturunan. Dah kalau lepas habis pantang belasah manis hari-hari, makan sepinggan penuh lepas tu nak bersenam pun malas memanglah gemuk," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pembeli hilang selera makan lepas rider hantar makanan dalam keadaan bogel

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"

Terhangat