info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Pembeli hilang selera makan lepas rider hantar makanan dalam keadaan bogel

Lead Image

INILAH yang dikatakan nak makan pun, tak tenang!

SEORANG lelaki terperanjat selepas menyedari penghantar makanan yang menghantar pesanannya datang dalam keadaan tak berpakaian.

Kiante Matlock berdepan kejadian itu ketika dia membuat pesanan makanan menerusi aplikasi penghantaran DoorDash, dalam kejadian di Houstan, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Kiante segera melaporkan perkara itu kepada pihak Door Dash.

Menurut laporan Fox News, Matlock sedang bermain permainan video sebelum anak perempuannya memberitahu notifikasi pesanan masuk di telefon.

Matlock kemudian memeriksa rakaman kamera loceng di rumah untuk melihat siapa yang menghantar makanan tersebut.

Alangkah terkejutnya dirinya selepas menyedari penghantar makanan itu berada di hadapan rumah dalam keadaan bogel.

MENARIK DIBACA: Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

MENARIK DIBACA: Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!

Dia lega bukan anak perempuannya yang membuka pintu untuk mengambil pesanan berkenaan.

Disebabkan terlalu terkejut dengan adegan yang dilihatnya, lelaki itu hilang selera untuk menikmati makanan yang dipesan.

Selepas membuat laporan berkenaan kejadian tersebut, pihak DoorDash bertindak memulangkan semula wang dan menggantung tugas penghantar makanan terbabit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Botol Sambal Nyet Bilis pecah, ramai cadang KA tambah baik kualiti bungkusan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Setahun tak minum ais, perut dia flat" - Wanita kagum kesan disiplin pantang lepas bersalin

Terhangat