Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!
SEORANG wanita hamil meluahkan rasa kecewa selepas pesanan makanan yang dibuat menerusi satu aplikasi didakwa dihantar ke alamat yang salah oleh 'rider'.
Berkongsi kisah di Threads wanita itu berkata dia hanya menyedari pesanan makanannya dihantar ke rumah lain selepas membuat semakan pada status penghantaran yang menunjukkan ia sudah selesai.
"Selamat tengah hari, pesanan saya lepas check ada dekat rumah lain tapi rider tetap tak nak mengaku salah dan customer service susah nak hubungi," tulisnya.
Berdasarkan gambar tangkap layar perbualan dengan rider yang dikongsikannya, wanita itu dilihat bertanya kepada rider mengapa dirinya tidak dihubungi apabila pesanan telah dihantar.
Apa yang membuatkan pelanggan itu kecewa, rider terbabit tidak mengaku kesilapannya sedangkan sudah jelas dia menghantar makanan di rumah orang lain yang bernombor 279 berdasarkan gambar yang dikongsi.
Manakala kediaman wanita itu pula bernombor 281.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mengkritik tindakan rider berkenaan.
"Tak pandai baca ke? Beza tau 279 dan 281. Yakin pula tu 'saya nampak dia tulis 281'," kata seorang netizen
Seorang lagi individu berkongsi pengalaman sebagai rider dan menegaskan bahawa kesilapan penghantaran sepatutnya diperbetulkan sebagai satu tanggungjawab dalam pekerjaan.
"Alahai tak ada adab pula tu. Masa buat wrong order jauh pula tu nak patah balik. Tapi disebabkan fikir itu tanggungjawab orang bayar jadinya kami patah balik tukar order dan pergi rumah customer balik.
MENARIK DIBACA: Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan
MENARIK DIBACA: Jurufoto tersinggung ditegur tuan rumah lepas ambil sebiji semperit - "Kalau tak dijemput, jangan makan"
"Tak ada masalah pun asalkan pelanggan tahu kita bertanggungjawab buat kerja. Yang ni spesies apa tak tahu hahaha.
"Report jangan tak report! Aku pun rider juga tapi tak suka spesies macam ni. Tak bertanggungjawab betul cuba report lagi," antara komen netizen.

Ada juga warganet menyarankan supaya pesanan dibuat dengan kaedah pembayaran COD (cash on delivery) untuk mengelakkan berlakunya masalah seperti ini.
"Weh aku benci rider macam ni. Nak dimaki kesian tapi memang layak. Sebab tu aku selalu prefer COD. Bila bayar terus macam ni la malas guna akal dan malas nak jalan depan sikit.
"Saya pernah kena tapi saya suruh dia patah balik ambil. Dia ambil tapi dia salahkan saya juga, buat muka sekali. Memang saya report dekat platform makanan terus. Padan muka dia," komen netizen lagi.