info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pesan 'chicken chop', dapat roti menyamar jadi 'fries'! Pelanggan rasa diri dibodohkan peniaga

Lead Image

TERGAMAM hingga hilang kata-kata. Demikian gambaran perasaan seorang wanita selepas menerima 'chicken chop' yang dipesan di sebuah restoran.

Menerusi perkongsiannya di Threads, wanita tersebut tergamam apabila menerima 'chicken chop' dengan sajian sampingan yang tidak disangka-sangka.

Melalui video yang dikongsikan, poster menu 'chicken chop' menunjukkan ia sepatutnya disertakan bersama kentang goreng dan sayur tetapi cukup mengecewakan apabila ia diganti dengan roti.

MENARIK DIBACA: Khairul Aming jawab tuduhan Rembayung tiada empati, buat SOP ‘mengada-ngada’ - "ini untuk keselamatan bayi"

MENARIK DIBACA: Tak pernah tahu harga rambutan, wanita syak ditipu penjual- "Takkan RM30 satu beg?"

"Pertama kali makan 'chicken chop' tapi kentang goreng ganti dengan roti. Lepas tu rasa 'chicken chop' tak usah cakaplah," katanya, terkilan.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila roti tersebut dipotong-potong panjang membentuk jejari kentang goreng.

"Saya murung betul. Saya cuba fikir positif mungkin kentang goreng tu menyamar jadi roti," katanya.

Momen tersebut dianggap lucu sehingga membuatkan wanita tersebut tergamam.

Kejadian menyakitkan hati itu turut menarik perhatian netizen yang 'tumpang geram' dengan hidangan tersebut.

"Dia ingat kita bodoh ke tak tahu itu roti?

"Siap potong macam bentuk 'fries'.

"Ini kejadian paling lucu di tahun 2026," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Hantar makanan di rumah orang lain, rider hati kering tak mengaku buat silap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Memang busuk sangat" - PU Syed terkilan terima daging korban rosak, terpaksa tanam 20 beg sumbangan

Terhangat