info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Tak pernah tahu harga rambutan, wanita syak ditipu penjual- "Takkan RM30 satu beg?"

Lead Image

SEORANG wanita berkongsi pengalaman dirinya yang terkedu sebaik sahaja mengetahui harga rambutan yang dijual oleh seorang peniaga ketika dia sedang makan di sebuah restoran mamak.

Menurut perkongsiannya di Threads, dia sedang makan bersama rakan-rakan sebelum didatangi seorang penjual buah yang menawarkan rambutan dalam bungkusan plastik.

Wanita itu pada awalnya menyangka satu beg plastik rambutan mungkin berharga sekitar RM10 hingga RM15 sahaja, namun terkejut apabila mengetahui harga yang sebenar.

Seorang wanita dan rakannya terkejut satu plastik rambutan dijual pada harga RM30.

"Masa tu saya fikir lama juga. Nak beli ke tak? Kalau beli anak saya suka makan. Saya pun 'check' dulu ada duit tunai ke tak. Ada, jadi bolehlah kot," katanya.

Bagaimanapun situasi bertukar lucu apabila rakannya bertanya harga rambutan tersebut kepada penjual.

"Rambutan berapa ringgit?" tanya rakannya.

"Tiga puluh ringgit," jawab penjual itu.

MENARIK DIBACA: Tak sangka sedap! Wanita cipta minuman smoothie kacang hijau, siap beri tip cepat empuk

MENARIK DIBACA: [V] Dikecam salah sebut ‘roti canai’, peserta MasterChef kelahiran Malaysia mohon maaf

Jawapan tersebut membuatkan dia terpinga-pinga, malah menyangka telinganya yang tersalah dengar.

"Saya terus tanya balik harganya dan penjual jawab lagi 'tiga puluh ringgit'," katanya, terkejut.

Penjual itu kemudian menawarkan diskaun jika dua plastik rambutan dibeli, yang dijual pada harga RM40.

"Tak apa kak, saya bagi diskaun. Dua beg RM40," kata penjual berkenaan.

Wanita itu berseloroh menjawab bahawa dia tidak mampu membeli rambutan pada harga yang ditawarkan.

Selepas dibawa pulang, pembeli mendapati satu plastik mengandungi kira-kira 22 biji rambutan.

Bagaimanapun, rakannya tetap membeli dua beg rambutan dan membayar RM50 dengan baki wang RM10 diberikan sebagai sedekah kepada penjualnya.

Bercerita lanjut, wanita itu berkata terdapat 22 biji rambutan dalam satu beg plastik menyebabkan dia terfikir sama ada harga yang dikenakan berpatutan.

Katanya, dia jarang membeli rambutan kerana kebiasaannya mendapat buah itu secara percuma daripada kenalan atau saudara-mara.

"Selepas dikupas, satu beg rambutan ada kira-kira 22 biji buah.

"Persoalannya, memang macam harga rambutan begini ke? 

"Saya jarang beli biasanya orang bagi jadi tak tau berapa ringgit sekilo. Namun saya tau takkanlah RM30 satu beg tu wey," katanya.

Ramai netizen turut beranggapan harga rambutan yang dijual mahal dan berlebihan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya turut terkejut dengan harga rambutan dijual yang dianggap mahal.

Malah ramai beranggapan bahawa wanita tersebut telah menjadi mangsa tipu penjual buah.

"Itu yang aku malas, kita beli sebab nak sokong, bukan nak makan sangat pun. Tapi dia tekan harga gila-gila!

"Sah dah kena tipu.

"Aku memang tak suka orang datang menjual 'time' aku tengah makan. Nak beli pun duit cukup-cukup je," antara komen netizen.

Berdasarkan semakan, secara purata satu kilogram rambutan mengandungi sekitar 25 hingga 40 biji buah, bergantung kepada saiz, gred dan varieti klon.

Di pasaran Malaysia, harga biasa untuk sekilo rambutan adalah sekitar RM5 hingga RM10 sekilogram.

Harga ini boleh berubah mengikut musim, lokasi dan jenis gred buah.

Waktu puncak musim (Jun – Ogos) harga boleh jatuh antara RM4 hingga RM6 sekilo, malah ada juga yang dijual pada harga RM10 sekilo kerana lambakan bekalan dari kebun tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Bersenam 30 minit selepas makan, wanita hampir hilang nyawa akibat limpa pecah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Caj bungkus cecah RM2... Pengguna nak 'tapau' makanan dinasihat bawa bekas sendiri

Terhangat