info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Khairul Aming jawab tuduhan Rembayung tiada empati, buat SOP ‘mengada-ngada’ - "ini untuk keselamatan bayi"

Lead Image

SELEPAS tular seorang pelanggan membangkitkan persoalan tentang prosedur operasi standard (SOP) untuk pelanggan membawa bayi di Rembayung, Khairul Aming (KA) tampil menjelaskan tentang isu tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan, KA memberitahu pelanggan terbabit mendakwa ahli keluarganya tidak dibenarkan masuk kerana tempahan dibuat untuk empat orang dewasa dan seorang bayi berusia tujuh bulan.

Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga mengundang pelbagai kritikan terhadap SOP yang ditetapkan Rembayung malah restoran yang menyajikan masakan kampung itu turut dianggap menggunakan sistem pelik.

Susulan aduan tersebut, KA memberitahu SOP yang dipraktikkan bukan untuk suka-suka tetapi dibuat untuk melindungi keselamatan bayi atau kanak-kanak yang datang ke Rembayung.

Aduan seorang pelanggan apabila mendakwa kakaknya tidak dibenarkan masuk kerana jumlah pax telah termasuk bayi.

"Saya nak jelaskan, SOP di Rembayung bukan dibuat kerana mengada-ngada atau nak menyusahkan pelanggan.

"Tapi SOP ini saya buat untuk lindungi bayi sebab pernah ada kejadian berlaku di Rembayung selepas enam bulan kami beroperasi," jelasnya.

Mengulas tentang bayi yang termasuk dalam kiraan ‘satu pax’ seperti mana orang dewasa, KA mengakui pada awal pembukaan Rembayung bayi tidak dikira sebagai ‘satu pax’ sekiranya ibu bapa mahu mendukung anak mereka.

Bagaimanapun keadaan sebenar yang berlaku di premis adalah berbeza apabila ramai pelanggan datang bersama ‘stroller’ (kereta sorong bayi), termasuk ketika bayi sedang tidur.

Ujar KA, susun atur setiap meja di restoran itu mempunyai laluan keluar masuk bagi membolehkan pekerja membawa hidangan panas serta minuman menggunakan cawan kaca.

Khairul Aming menjelaskan SOP yang diketakan bertujuan untuk menjaga keselamatan bayi dan kanak-kanak di Rembayung.

"Bayangkan kalau ibu bapa bawa stroller, kat mana kami nak letak stroller tersebut?

"Kalau saya letak ditengah-tengah laluan, bayangkan lauk-pauk panas yang dibawa tiba-tiba tumpah atas stroller dan kena pada bayi.

"Ini sudah jadi isu keselamatan pada bayi. Sebab itu saya masukkan bayi dalam jumlah pax supaya kami boleh keluarkan kerusi dewasa dan sediakan ruang untuk strolle dalam kawasan meja," jelasnya.

Menjawab cadangan supaya bayi yang didukung tidak dikira sebagai pax, Khairul Aming berkata kelonggaran seperti itu juga pernah diberikan sebelum ini.

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar makan, pelanggan Rembayung dapat poskad eksklusif karya artis tempatan

MENARIK DIBACA: Viral sebab tubuh sado, rupanya buah RM2 sebiji tarikan utama Durian Papa Muda

Bagaimanapun, ada pelanggan yang membawa kanak-kanak berusia sehingga enam tahun dan mahu mendukung mereka sepanjang berada di restoran.

Menurutnya, kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam dan sukar untuk duduk diam dalam tempoh lama. 

Keadaan itu boleh mendatangkan risiko sekiranya mereka menolak pinggan berisi makanan panas atau menyebabkan cawan kaca pecah.

Khairul Aming turut menjelaskan mengapa pihak restoran tidak boleh sekadar menambah kerusi bayi di bahagian tepi meja tanpa mengira kanak-kanak sebagai satu pax.

Katanya, kanak-kanak makan dengan cara berbeza berbanding orang dewasa dan makanan yang bersepah merupakan perkara normal.

Rembayung mula beropeasi sejak enam bulan lalu di Kampung Baru. Foto Businesstoday.com

"Pihak restoran perlu mengambil kira keselesaan pelanggan di meja bersebelahan yang mungkin datang untuk menyambut ulang tahun, meraikan hari lahir ibu bapa atau berkumpul bersama rakan dan rakan sekerja.

"Apabila kanak-kanak dikira sebagai pax, kerusi dewasa boleh dikeluarkan dan digantikan dengan kerusi bayi supaya mereka dapat makan dengan lebih selesa," jelasnya.

Dalam video sama, KA turut berkongsi bahawa pihak Rembayung juga pernah membenarkan orang dewasa masuk ke restoran manakala bayi ditempatkan di luar bersama salah seorang ahli keluarga.

Menurut Khairul Aming, keputusan tersebut dibuat oleh ibu bapa dan pihak restoran menghormati pilihan mereka.

"Namun selepas keluarga berkenaan pulang, satu perkongsian dibuat di Threads dengan mendakwa pihak Rembayung sanggup membiarkan bayi berada di luar dalam cuaca panas sehingga ibu bapa terpaksa bergilir-gilir menjaganya.

"Disebabkan kejadian itu, saya mengambil keputusan untuk mengemas kini SOP Rembayung agar perkara sama tidak berulang," tegasnya.

Bayangkan lauk-pauk panas yang dibawa tiba-tiba tumpah atas stroller dan kena pada bayi.

KA

Mengulas dakwaan bahawa Rembayung tidak mempunyai rasa empati, KA berkata setiap SOP perlu dilaksanakan secara adil kepada semua pelanggan.

Sekiranya satu keluarga diberikan pengecualian, pelanggan lain berkemungkinan akan meminta layanan yang sama dan mempersoalkan mengapa peraturan tidak dilaksanakan secara seragam.

Justeru, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, terma dan syarat Rembayung telah dikemas kini dengan menetapkan semua bayi dan kanak-kanak dikira dalam jumlah pax tanpa mengira umur.

Menurutnya, keadaan operasi Rembayung tidak sama seperti restoran lain kerana premis tersebut menerima kira-kira 1,000 pelanggan setiap hari dan tempahan penuh sehingga dua minggu lebih awal.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Jurufoto tersinggung ditegur tuan rumah lepas ambil sebiji semperit - "Kalau tak dijemput, jangan makan"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bukan sekadar makan, pelanggan Rembayung dapat poskad eksklusif karya artis tempatan

Terhangat