info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Bukan sekadar makan, pelanggan Rembayung dapat poskad eksklusif karya artis tempatan

Lead Image

PELBAGAI tarikan dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pempengaruh Khairul Aming (KA) di restorannya, Rembayung, terus mencuri perhatian orang ramai.

Terbaharu KAtampil dengan satu lagi kejutan istimewa buat pelanggan apabila menghadiahkan poskad eksklusif memaparkan ilustrasi hasil sentuhan artis tempatan dari Kelantan.

Perkongsian mengenai inisiatif itu dimuat naik KA menerusi media sosial miliknya, Sabtu.

"Bermula esok (21/6/2026), setiap reservation Rembayung akan menerima satu poskad semasa membuat pembayaran di kaunter.

Setiap poskad diberikan Rembayung adalah hasil ilustrasi artis tempatan.

"Setiap poskad ni dilukis oleh local artist kita di Kelantan (bukan guna AI).

"Design akan berubah dari semasa ke semasa. Thank you guys! (Available selagi stok masih ada)," kongsinya.

MENARIK DIBACA:Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

MENARIK DIBACA:Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

KA turut menjelaskan bahawa pemberian poskad itu bukan sahaja untuk pelanggan yang menjamu selera di restoran, malah pelanggan yang membuat pesanan bawa pulang juga akan menerima cenderahati tersebut, selagi stok masih ada.

Pengumuman ringkas tersebutnyata mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya yang memuji usaha KAdalam menghargai bakat artis tempatan.

Malah, ramai beranggapan inisiatif itu memberi nilai tambah kepada pengalaman pelanggan selain menjadi koleksi istimewa buat peminat Rembayung.

"First in Malaysia siapa nak jom kita swap suka sama suka RSVP Rembayung.

"I love how KA is supporting our local artist. Thank you so much!

"The way that Khairul Aming appreciate local artist.

"The postcards look so pretty! Kudos to the local artist. Sad that in this day and age 'ni bukan AI' needs to be mentioned." antara komen netizen.

Usaha itu sekali lagi membuktikan KAturut menggunakan platform dan perniagaannya untuk mengetengahkan hasil karya anak tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Khairul Aming jawab tuduhan Rembayung tiada empati, buat SOP ‘mengada-ngada’ - "ini untuk keselamatan bayi"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Buat masak lemak cili api letak kayu manis, bunga lawang... Wanita 'angin' resepi dikritik mentua

Terhangat