info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

"Memang busuk sangat" - PU Syed terkilan terima daging korban rosak, terpaksa tanam 20 beg sumbangan

Lead Image

AMALAN bersedekah dijanjikan ganjaran pahala yang besar sekiranya ia mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu tergamak menyalurkan sumbangan dalam keadaan teruk sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada penerima.

Itulah situasi dihadapi pendakwah bebas, PU Syed apabila mendedahkan menerima sumbangan 20 beg plastik berisi daging korban daripada seorang individu untuk pelajar di Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya.

Perkongso Syed menarik perhatian warganet.

Apa yang mengejutkan, daging berkenaan didakwa diterima dalam keadaan menyedihkan, malah sudah berbau busuk dan warna bertukar kehitaman.

"Tukang masak maklum yang daging tersebut dah berbau dan kelihatan daging juga sudah nampak kehitaman. Hamba Allah tu cakap berbau sebab darah.

"Ada ke macam tu? Semalam (Rabu) 7 Muharam, bermakna dekat sebulan baru daging ni diberikan kepada kompleks," tulisnya menerusi hantaran pada Rabu.

Dalam hantaran sama, Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya turut memuat naik beberapa foto yang menunjukkan keadaan daging berwarna gelap dan dipercayai sudah rosak.

MENARIK DIBACA: Anak buntu ibu sering anggap makanan rosak masih elok - "Daging busuk dia buat rendang"

MENARIK DIBACA: Kedai ayam gepuk kotor dikompaun! Pihak pengurusan perbaiki servis, bina semula kepercayaan pelanggan

Menurut PU Syed, sebagai pengasas pusat pendidikan berkenaan, beliau sentiasa berlapang dada menerima apa sahaja bentuk sumbangan yang diberikan demi kebajikan pelajar.

Tetapi, beliau mengakui terkilan dengan tindakan penyumbang yang didakwa menyerahkan daging tersebut selepas tempoh yang terlalu lama.

"Jika nak beri dalam keadaan daging masih OK kami bersyukur. Tetapi dalam keadaan macam ni baru nak diberikan, tidakkah ini tindakan yang tak bagus?

"Kami terima sumbangan tetapi biarlah yang baik dan masih sempurna," katanya.

Pihak sekolah akhirnya mengambil keputusan untuk menanam semua daging berkenaan.

Dalam satu video susulan, PU Syed memaklumkan bahawa pihak sekolah akhirnya mengambil keputusan untuk menanam semua daging berkenaan kerana bimbang ia tidak lagi selamat dimakan.

"Bila tengok daging itu pagi ini memang busuk sangat. Saya ambil keputusan kita tanam daging tersebut.

"Kita tak sanggup nak masak. Kita sendiri nak makan pun tak sanggup apatah lagi kalau saya benarkan tukang masak masak untuk pelajar kami," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pesan 'chicken chop', dapat roti menyamar jadi 'fries'! Pelanggan rasa diri dibodohkan peniaga

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Barack Obama, isteri buka restoran bagi memperingati jasa mendiang cef peribadi

Terhangat