KUALI | Trending

Anak buntu ibu sering anggap makanan rosak masih elok - "Daging busuk dia buat rendang"

Lead Image

TINGGAL dengan individu yang mempunyai masalah 'hoarding disorder' memang sangat menguji kesabaran sehingga boleh sakit kepala!

Lebih-lebih lagi individu tersebut adalah anggota keluarga sendiri.

Itulah yang dirasakan oleh seorang anak yang buntu dengan sikap ibunya yang gemar menyimpan dan memasak makanan telah rosak atas alasan sayang untuk dibuang.

Menerusi perkongsiannya di Threads, individu tersebut berkata paling membimbangkan dirinya apabila ibu suka menyimpan makanan mentah seperti daging dan ayam yang telah busuk.

Lebih membingungkan apabila ibunya yang disifatkan sebagai 'gila' akan masak daging dan ayam yang telah busuk itu untuk keluarganya sambil menegaskan ia masih elok.

Pengguna Threads itu turut mendakwa ibunya juga suka menyimpan barang-barang tidak berguna di rumah.

"Mak aku dah gila dah. Tegur pun tak guna. Dia biarkan ayam busuk dah bau bangkai baru dia masak. Tegur pun tak lut (jalan).

"Dia panaskan masakan hingga rosak, lepas tu dia simpan, dia biarkan. Memang perangai dia sejak aku kecil sampai besar sama je. Tegur hari ni, selang sebulan buat balik.

"Ayam mentah tu busuk, dia masak buat macam tak busuk kerana sayang. Mau satu keluarga mati kena salmonella baru dia rasa lega kot," luahnya di Threads.

Dia turut menceritakan tentang rendang yang dimasak ibunya menggunakan daging busuk.

"Sebelum ni daging busuk, sebab sayang barang dia buat rendang.

"Bau bangkai dah rendang tu, dia masih kata tak apa boleh makan ni," katanya.

Jelasnya, dia sudah beberapa kali menegur ibu, malah menyarankannya untuk berubat kerana menganggap tabiat suka menyimpan barang rosak di rumah sehingga menjadi sarang tikus sebagai satu penyakit.

Barang dapur seperti ayam dan daging yang telah busuk akan dimasak kerana sayang untuk dibuang.

"Aku bagitahu dia sakit kena pergi berubat dia kata dia elok (sihat).

"Benda jadi macam ni dah berulang-ulang, perangai hoarder suka menyimpan sana sini sampai tikus buat sarang.

"Rumah nampak semak, bila ditegur dia kata sayang barang.

"Macam mana nak ubah perangai mak aku jadi macam orang biasa ye?" katanya yang turut memaklumkan ibunya juga rajin ke masjid setiap hari.

MENARIK DIBACA: Tuan rumah hidang belangkas, influencer teruja pertama kali cuba menu eksotik... “Macam mana cara makan?”

MENARIK DIBACA: Mudahnya buat lemon cheesecake, tak perlu guna oven... Confirm sedap!

Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman serupa pernah berdepan dengan individu memiliki masalah 'hoarding disorder'.

Tidak kurang juga yang mengaitkan sikap ibunya dengan tanda-tanda dementia atau nyanyuk.

"Aku pernah menetap dengan manusia jenis hoarder, pengotor, penipu, semua orang salah kecuali dia. Tapi mengajar agama.

"Mak awak sudah berusia dan mungkin itu tanda-tanda penyakit dementia.

"Maaf awak, ini seperti tanda-tanda dementia, bukan gila. Erti kata lain nyanyuk," antara komen netizen.

Tindakan ibunya itu dianggap seolah-olah seperti orang gila.

'Hoarding disorder' merupakan gangguan kesihatan mental di mana pesakit mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang secara berlebihan tanpa mengira sama ada barangan tersebut masih boleh digunakan atau tidak.

Individu yang mengalami gangguan ini sering bimbang dan tertekan apabila orang lain ingin membuang barangan tersebut. 

Sekiranya tidak diberikan perhatian, gangguan ini boleh mengganggu fungsi hidup mereka serta orang sekeliling seperti pasangan atau ahli keluarga lain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Buat makan-makan, rakan 'angkut' kaum kerabat datang dengan 7 kereta - "Habis makanan kami"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pelanggan cuak pecahkan gelas di Rembayung, tak beritahu KA walau bersua muka

Terhangat