info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Barack Obama, isteri buka restoran bagi memperingati jasa mendiang cef peribadi

Lead Image

SIAPA sangka hubungan antara seorang majikan dengan cef peribadi mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam.

Itulah yang dilakukan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bersama isterinya, Michelle Obama apabila mereka membuka sebuah restoran yang didedikasikan khas buat mendiang sahabat yang juga cef peribadi mereka.

Restoran yang dinamakan Tafari's Kitchen itu mula beroperasi pada 19 Jun lalu di Obama Presidential Center, Chicago, AS.

Campbell meninggal dunia pada 2023 selepas terbabit dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti paddle boarding.

Bagaimanapun pembukaan restoran tersebut bukan sekadar projek kulinari biasa.

Sebaliknya, ia dibina sebagai penghormatan kepada bekas sous chef Rumah Putih iaitu Tafari Campbell, yang kemudiannya menjadi cef peribadi keluarga Obama selepas tamat tempoh pentadbiran mereka.

"Ketika pertama kali bertemu dengannya di Rumah Putih, dia seorang sous chef yang sangat berbakat.

"Dia kreatif, penuh semangat terhadap makanan dan mempunyai kebolehan menyatukan orang ramai di sekeliling meja makan," kata wakil keluarga Obama dalam satu kenyataan.

MENARIK DIBACA: ‘Smoked apple’ restoran Michelin RM1,600 sepinggan, cuma dapat 6 hiris epal 

MENARIK DIBACA: Restoran pelayan 'sado' Thai Hot Guys bakal buka di KL? Netizen bengang anggap perosak budaya

Lebih menarik, menu yang ditawarkan turut mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Antara hidangan yang menjadi tarikan ialah Tafari's Famous Ribs, Obama Family Chili dan Mrs. Robinson's Red Rice yang diinspirasikan daripada mendiang ibu Michelle Obama, Marian Robinson.

Selain menjadi restoran, Tafari's Kitchen turut dibangunkan sebagai ruang komuniti yang mencerminkan semangat Campbell dalam menggunakan makanan sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat.

Campbell meninggal dunia pada 2023 selepas terbabit dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti paddle boarding berhampiran kediaman keluarga Obama di Martha's Vineyard.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

"Memang busuk sangat" - PU Syed terkilan terima daging korban rosak, terpaksa tanam 20 beg sumbangan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Belanja keluarga makan, masak 'special' pada Hari Asyura ada ganjaran menanti - Ustaz Wadi Annuar

Terhangat