info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Belanja keluarga makan, masak 'special' pada Hari Asyura ada ganjaran menanti - Ustaz Wadi Annuar

Lead Image

BULAN Muharam merupakan antara bulan yang amat dimuliakan dalam Islam sekali gus membuka peluang untuk umat Islam memperbanyakkan amalan bagi meraih pahala.

Menjelang 10 Muharam esok (Jumaat) yang dikenali sebagai Hari Asyura, kebanyakan umat Islam khususnya di Malaysia mempunyai tradisi memasak bubur Asyura secara bergotong-royong.

Hidangan istimewa itu bukan sahaja menjadi juadah enak untuk dinikmati bersama, malah menjadi medium mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim dalam masyarakat.

Terdapat kelebihan tertentu berkaitan amalan menggembirakan ahli keluarga pada Hari Asyura.

Menurut perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, terdapat kelebihan tertentu yang disebut oleh para ulama berkaitan amalan menggembirakan ahli keluarga pada Hari Asyura.

“Kalau selalu beri RM10, Hari Asyura istimewakan hidangan, layanan untuk ahli keluarga kerana Allah akan meluaskan dan memewahkan rezekinya sepanjang tahun itu.

“Siapa yang menggembirakan ahli keluarganya pada Hari Asyura, dia sediakan makanan yang istimewa untuk ahli keluarganya Allah akan menyenangkan, memudahkan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu,” katanya menerusi satu video.

Maksud melapangkan belanja ialah tidak terlalu berkira dalam menyediakan keperluan atau hidangan untuk diri dan ahli keluarga pada hari berkenaan mengikut kemampuan masing-masing.

MENARIK DIBACA: Bubur asyura utara manis berlemak, 'dessert' istimewa bulan Muharam buat ramai jatuh hati

MENARIK DIBACA: Rindu nak makan bubur asyura Johor? Boleh masak sendiri guna resipi mudah ini

Bagaimanapun, amalan tersebut tidak bermaksud seseorang perlu berbelanja secara berlebihan atau membebankan kewangan sendiri semata-mata untuk mengejar ganjaran tertentu.

Sebaliknya, ia lebih kepada usaha menggembirakan ahli keluarga, mengeratkan hubungan serta menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Dalam masa sama, umat Islam diingatkan bahawa amalan paling utama dan sahih pada Hari Asyura ialah berpuasa sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan sedekah, zikir, membaca al-Quran serta melakukan pelbagai bentuk ibadat dan kebajikan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Barack Obama, isteri buka restoran bagi memperingati jasa mendiang cef peribadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Peniaga 'tarik' satu bahan penting, terus hilang nikmat nasi lemak - "Jangan normalisasikan tak ada telur"

Terhangat