Minah salih pelik kaki ayam jadi makanan, geli rasa nak muntah
KAKI ayam sering dianggap sebagai makanan eksotik, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah mencubanya.
Menerusi perkongsian di platform Threads, seorang warga asing mempersoalkan penjualan kaki ayam di sebuah pasar raya dipercayai di luar Malaysia .
Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan memuat naik gambar kaki ayam yang dibungkus dalam pek kecil di pasar raya Costco.

Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis turut disertakan dengan emoji memaparkan ekspresi meloyakan.
“From my local Costco store... Any takers? What would one do with these anyway? (Dari kedai Costco di tempat saya… Ada sesiapa nak? Sebenarnya orang buat apa dengan benda ni ya?)" tulisnya.
Perkongsian itu mencuri perhatian ramai dengan lebih 1.6 juta tontonan serta kira-kira 6,000 komen daripada pengguna di laman Threads.
Menariknya, ruangan komen turut dibanjiri oleh netizen Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia yang kurang senang dengan perkongsian berkenaan.
MENARIK DIBACA: Berdesing telinga orang kutuk makanan dari negaranya, Imran Ajmain senarai menu sedap kalau ke Singapura
MENARIK DIBACA: Enam jenis rempah ‘mat salleh’ ini cukup serasi dengan masakan tempatan
Rata-rata pengguna mengecam komen wanita itu yang disifatkan tidak sensitif terhadap budaya makanan lain di dunia.
“Cakap je awak tu rasis, kami faham! Jangan nak rasa geli dengan makanan orang lain.
“Ini antara salah satu sebab kami orang Asia tak nampak macam 50 tahun masa umur 25 tahun,” antara komen netizen.

Dalam masa sama, ramai turut berkongsi cara kaki ayam dimasak di negara masing-masing, membuktikan ia bukan makanan pelik dalam budaya Asia.
“Di Malaysia, kita buat sup atau kicap, makan dengan nasi. Sedap sangat.
"Buat kerabu kaki ayam try la makcik.
“Kat Filipina kita panggil kaki ayam 'Adidas' masak sos BBQ dan spicy Adobo,” antara komen netizen.