info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Badan, bahagian intim berbau lepas bersalin? Cuba buat minuman guna 5 bahan ini

Lead Image

SELEPAS bersalin, tubuh wanita mengalami pelbagai perubahan termasuk dari segi hormon, kulit dan bau badan. 

Keadaan ini membuatkan sesetengah ibu mencari petua atau amalan tertentu untuk membantu diri kembali segar seperti sebelum hamil.

Seorang pengguna Threads berkongsi satu resipi minuman dipercayai sesuai untuk ibu berdepan masalah bau badan dan bahagian intim selepas bersalin.

“Saya kongsikan remedi untuk mak-mak 'struggle' dengan bau badan dan bahagian intim selepas bersalin. Hormon badan selepas bersalin ambil masa berbulan-bulan nak stabil semula,” tulisnya.

Minuman campuran buah-buahan, halia dan rosel didakwa baik sebagai amalan ibu selepas bersalin.

Menurutnya, masalah seperti rambut gugur, bau badan, perubahan bau discaj dan kulit bertompok boleh berlaku selepas bersalin. 

Justeru dia mencadangkan campuran nanas, oren, lemon, halia dan rosel untuk dijadikan minuman.

MENARIK DIBACA: Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan

MENARIK DIBACA: Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya

"Buah seperti oren dan lemon kaya sumber vitamin C penting untuk fungsi badan, membantu kulit menjadi lebih cantik serta sihat termasuk pembentukan kolagen.

Antara bahan digunakan dalam minuman tersebut termasuk nanas, oren dan lemon kaya dengan vitamin C.

"Nanas boleh memberikan rasa dan aroma lebih 'sedap' pada bahagian intim, manakala halia dikatakan membantu memanaskan badan serta melancarkan peredaran darah dan sistem limfa," katanya. 

Wanita berkenaan menyarankan minuman tersebut diamalkan selama seminggu untuk melihat perubahan sebelum meneruskannya jika berpuas hati.

Bagaimanapun, dakwaan bahawa pengambilan nanas boleh menjadikan bahagian intim lebih wangi belum mempunyai bukti kukuh.

Bau atau perubahan pada discaj juga tidak semestinya berpunca daripada pemakanan kerana ia boleh berkait dengan perubahan hormon atau masalah kesihatan tertentu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Cara celur bendi agar tak lembik, masa makan boleh dengar 'bunyi rangup'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Guna garam cuci sotong supaya tak hanyir, tempoh meramas penting untuk 'jaga' tekstur

Terhangat