info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan

Lead Image

CUKA epal sering menjadi perhatian kerana dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk membantu mengawal paras gula dalam darah.

Seorang individu menerusi perkongsian di Threads mendakwa pengambilan sedikit cuka epal sebelum makan membantu mengurangkan peningkatan gula dalam darah selepas menikmati hidangan.

“Tahu tak sebenarnya satu sudu cuka epal sebelum makan boleh bantu kawal ‘spike’ gula dalam darah?” kongsinya.

Paras glukosa meningkat dengan cepat selepas makan boleh membuatkan mudah letih.

Menerusi satu meta-analisis dilaporkan pada 2025, cuka epal didapati membantu memberi kesan positif terhadap gula darah puasa dan HbA1c dalam pesakit diabetes jenis 2.

Individu berkenaan turut berkongsi cadangan pengambilan cuka epal agar bertindak lebih baik terhadap kesihatan.

MENARIK DIBACA: Buat malam, pagi makan! Chia seeds yogurt sarapan ringkas, enak dan berkhasiat

MENARIK DIBACA: Lemak manis, lembut 'gedik-gedik'... Kaswi jagung bersantan bikin anda jatuh cinta

Berikut adalah cara disarankan:

1. Cuka epal  diambil sekitar 5 hingga 20 minit sebelum makan. Ia perlu dicairkan terlebih dahulu dengan air dan bukannya diminum secara terus.

2. Campur satu hingga dua sudu besar cuka epal ke dalam segelas air suam atau sejuk bergantung pada individu.

Cuka epal mengandungi asid asetik.

3. Penggemar kopi perlu memberikan jarak sekitar 30 hingga 60 minit sebelum pengambilan cuka epal, terutama jika mempunyai perut sensitif.

4. Selain itu, individu yang mengambil ubat tidak mengambil cuka epal secara serentak dan sebaliknya mendapatkan nasihat profesional kesihatan mengenai jarak masa pengambilannya.

5. Bagi pemilihan produk pula, disarankan untuk mencari cuka epal mempunyai label ‘with the mother’, merujuk kepada bahan semula jadi seperti protein, enzim dan bakteria yang terbentuk dalam proses pembuatan cuka.

Pencinta kopi perlu menjarakkan pengambilan cuka epal.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial kerana ramai mungkin pernah mendengar petua mengambil cuka epal sebelum makan.

Bagaimanapun, pengambilannya perlu dilakukan secara sederhana dan dicairkan kerana sifatnya yang berasid.

Bagi individu mempunyai diabetes atau mengambil ubat tertentu, cuka epal tidak sepatutnya dijadikan pengganti rawatan dan sebarang perubahan rutin pemakanan wajar dibincangkan dengan doktor.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ibu beri anak makan coklat gelap sebelum ke sekolah, bantu lebih fokus belajar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ketahui bagaimana pemakanan anda pengaruhi masalah tidur berdengkur

Terhangat