info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Buat malam, pagi makan! Chia seeds yogurt sarapan ringkas, enak dan berkhasiat

Lead Image

JIKA anda tiada masa untuk sediakan menu sarapan pagi enak, sihat dan mengenyangkan, apa kata makan sahaja chia seeds yogurt dengan buah-buahan.

Gabungan chia seeds bersama susu dan santan bukan sahaja menghasilkan hidangan yang enak, tapi juga lemak berkrim.

Ditambah pula dengan campuran buah-buahan segar, menjadikan sarapan ringkas ini lebih menarik dan menyegarkan.

Tidak perlu lagi terburu-terburu menyiapkan sarapan pada waktu pagi, chia seeds yogurt boleh disediakan sebelah malam dan disimpan dalam peti sejuk untuk dinikmati keesokan harinya.

Tambaha buah-buahan enak menjadikan chia seeds yogurt bertambah enak.

Bahan-bahan

  • Biji chia/chia seeds
  • 5 sudu besar Greek yogurt
  • 2 sudu besar santan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Buah-buahan (kiwi, blueberry, strawberi, mangga)

MENARIK DIBACA: Kerabu tomato ikan bilis imbau nostalgia bersama mak, lebih sedap dimakan sejuk

MENARIK DIBACA: Kedai nasi kandar didakwa guna taktik 'putar belit' untuk pelanggan bayar guna kod QR

Langkah penyediaan

  1. Rendam biji chia sehingga kembang.
  2. Campurkan dengan Greek yogurt dan santan
  3. Tambahkan susu pekat dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan potongan buah-buahan lalu simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Esoknya boleh dimakan ketika sarapan pagi atau dijadikan snek untuk alas perut.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Buat roti 'polo toast' guna air fryer, 'topping' manis rangup bikin ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Jeli nanas bersalut kelapa, cuma guna 4 bahan terhasil manisan sedap dan segar

Terhangat