info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Jeli nanas bersalut kelapa, cuma guna 4 bahan terhasil manisan sedap dan segar

Lead Image

KALAU anda penggemar pencuci mulut berasaskan buah, resipi jeli nanas bersalut kelapa ini pastinya menarik untuk dicuba. 

Teksturnya yang kenyal dan lembut, ditambah pula dengan rasa nanas yang manis serta menyegarkan, menjadikan manisan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Lebih menarik, jeli nanas ini cukup mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan ringkas sahaja. 

Jom lihat bagaimana proses jeli nanas bersalut kelapa ini dihasilkan mengikut resipi yang dikongsikan oleh Menit Makan.

Teksturnya kenyal, lembut dan manis.

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas (dipotong dadu)
  • 50 gram tepung jagung
  • 1 mangkuk kecil air
  • Serbuk kelapa kering

MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

MENARIK DIBACA: Gigih ajar makan nasi guna garpu, 'mat salih' buat ramai terhibur - "Ada satu objek dipanggil sudu"

Langkah penyediaan 

  1. Kisar nanas yang telah dipotong dadu bersama sedikit air sehingga lumat.
  2. Tapis isi nanas kisar tadi untuk dapatkan airnya sahaja.
  3. Masukkan beberapa ketul gula batu bersama tepung jagung kemudian kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai lalu ratakan.
  5. Biarkan seketika sehingga sejuk sebelum dipotong kecil-kecil mengikut cita rasa masing-masing.
  6. Gaul jeli nanas yang dipotong tadi bersama serbuk kelapa kering.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Buat malam, pagi makan! Chia seeds yogurt sarapan ringkas, enak dan berkhasiat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Buat aiskrim goreng cuma guna 2 bahan saja, setiap gigitan terasa nikmat!

Terhangat