info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Buat aiskrim goreng cuma guna 2 bahan saja, setiap gigitan terasa nikmat!

Lead Image

SIAPA sangka sekeping roti bersama aiskrim boleh digabungkan menjadi pencuci mulut yang enak.  

Lebih menarik, walaupun ia digoreng, aiskrim tersebut boleh dinikmati dalam keadaan masih sejuk dan tidak cair..

Tak perlu tepung khas atau teknik rumit, nak membuatnya hanya kena sediakan roti putih, aiskrim dan acuan.

Hasilnya, lapisan luar roti memberikan tekstur rangup, manakala bahagian dalam kekal sejuk dengan rasa aiskrim yang tak terjejas.

Perkongsian pemilik Facebook dikenali sebagai Dhia Nadia menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi cara menghasilkan aiskrim goreng yang dikatakan rangup dan tidak mudah cair.

Menurutnya, kunci utama untuk mendapatkan hasil yang sempurna adalah memastikan aiskrim yang dibalut dengan roti dibekukan terlebih dahulu sebelum proses menggoreng.

Pencuci mulut istimewa ini boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • Roti putih secukupnya
  • Aiskrim pilihan
  • Acuan untuk membentuk roti

MENARIK DIBACA: Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain

MENARIK DIBACA: Nasi ayam boleh dimasak tanpa air rebusan... Banyak cara alternatif, enak macam resipi biasa

Cara penyediaan

  1. Letakkan sekeping roti di atas acuan.
  2. Masukkan aiskrim di bahagian tengah roti.
  3. 'Tutup' aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti.
  4. Roti boleh dileperkan terlebih dahulu jika mahu, namun ia juga boleh dilakukan tanpa dileperkan.
  5. Tekap acuan sehingga membentuk bungkusan roti yang kemas.
  6. Simpan dalam bekas bertutup atau plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.
  7. Bekukan sekurang-kurangnya semalaman atau lebih lama untuk memastikan aiskrim benar-benar keras.
  8. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas sebelum menggoreng.
  9. Goreng aiskrim berbalut roti selama kira-kira satu hingga tiga minit sahaja sehingga permukaan menjadi keemasan dan rangup.
  10. Angkat dan hidangkan segera.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Jeli nanas bersalut kelapa, cuma guna 4 bahan terhasil manisan sedap dan segar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Tart ubi keledek berkrim keju, sekali gigit lembut cair di mulut

Terhangat