Tart ubi keledek berkrim keju, sekali gigit lembut cair di mulut
SEGELINTIR ibu bapa mengehadkan pengambilan pencuci mulut dalam kalangan anak-anak kerana bimbang kandungan gula yang tinggi boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.
Selain itu, pengambilan makanan manis secara berlebihan juga boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih aktif atau 'hyper'.
Seorang pengguna TikTok, @n.haniie, berkongsi resipi tart susu ubi keledek yang boleh dijadikan alternatif kerana menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama.
Inti cheesy milk pula menjadikan setiap gigitan terasa lebih lemak berkrim tetapi tidak terlalu manis.
Tambahnya, snek ini sesuai untuk minum petang atau dijadikan pencuci mulut.
"Tak sangka, anak terus approved. No salt no sugar," katanya.

Berikut dikongsikan resipinya:
Bahan-bahan
Kulit tart:
- 250 gram ubi keledek (direbus)
- 15 gram 'unsalted butter'
- 50 gram oat
Inti 'creamy cheesy milk':
- 1 biji kuning telur
- 200ml susu penuh krim
- 15 gram tepung jagung
- 25 gram 'cream cheese'
MENARIK DIBACA: Hanya guna kulit roti canai segera, ini cara mudah buat Portuguese Egg Tart
MENARIK DIBACA: Tart rangup sedap bersama susu premium RM3, mesti cuba!
Cara penyediaan
- Rebus ubi keledek sehingga lembut, kemudian lenyek bersama 'unsalted butter'.
- Masukkan oat dan gaul sehingga sebati. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 20 hingga 30 minit.
- Bentukkan adunan menjadi bebola kecil sebelum ditekan ke dalam acuan tart telur.
- Satukan kuning telur, susu penuh krim, tepung jagung dan cream cheese. Masak di atas api perlahan sambil dikacau sehingga adunan pekat dan berkilat.
- Tuang inti 'creamy cheesy milk' ke dalam acuan yang telah diisi kulit tart.
- Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga permukaan bertukar perang keemasan.