info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Bahan ringkas, penyediaan mudah! Semua orang boleh buat puding betik viral, manis berkrim

Lead Image

JIKA sebelum ini aiskrim tembikai beku menjadi trend di media sosial, kini giliran agar-agar betik pula mencuri perhatian ramai.

Betik ternyata bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah boleh diolah menjadi pencuci mulut yang lembut, berkrim dan menyegarkan.

Menurut perkongsian resipi @r4_qib, dengan hanya beberapa bahan ringkas, anda sudah boleh menghasilkan pemanis mulut berasaskan betik, sesuai dinikmati ketika cuaca panas.

"Sekali rasa, terus faham kenapa viral. Betik manis, puding lembut 'creamy', makan sejuk-sejuk memang padu gila!" katanya di laman Threads

Tekstur agar-agar yang lembut dipadankan dengan rasa manis semula jadi betik pasti membuatkan sesiapa saja ingin menikmatinya.

Tekstur agar-agar lembut sesuai dipadankan dengan rasa manis semula jadi betik.

Bahan-bahan

  • 1 biji betik (masak tetapi masih pejal)
  • 150ml susu segar
  • 50ml whipping cream
  • 1 sudu besar gula
  • 2g serbuk agar-agar

MENARIK DIBACA: Kombinasi seni dan rasa, ada cara mudah buat agar-agar tembikai

MENARIK DIBACA: Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas

Cara penyediaan

  1. Buah betik dibelah dua dan buang semua bijinya hingga bersih.
  2. Masukkan susu, whipping cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sambil dikacau sehingga semua bahan larut. Jangan biarkan mendidih terlalu lama.
  3. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam rongga betik sehingga penuh.
  4. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama satu hingga dua jam atau sehingga agar-agar mengeras.
  5. Setelah mengeras, potong mengikut saiz hidangan dan sedia untuk dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Tart ubi keledek berkrim keju, sekali gigit lembut cair di mulut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

[V] Kek coklat mochi guna tepung pulut hasilkan tekstur 'chewy', puas makan!

Terhangat