info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Gigih ajar makan nasi guna garpu, 'mat salih' buat ramai terhibur - "Ada satu objek dipanggil sudu"

Lead Image

BAGI sebahagian masyarakat terutama di Asia dan Afrika, makan menggunakan tangan merupakan perkara yang dianggap normal, malah sudah menjadi sebahagian daripada budaya dalam kehidupan.

Sebagai contoh, makan nasi menggunakan tangan bukan hanya menjadi amalan masyarakat Melayu, malah turut diamalkan di Indonesia, Filipina dan India.

Seorang pakar dan jurulatih etiket terkemuka dari Britain, William Hanson menarik perhatian ramai apabila berkongsi video etika makan nasi 'ala Inggeris'.

Rata-rata netizen beranggapan cara makan nasi menggunakan garpu suatu hal lucu dan menyusahkan.

Menerusi video yang dikongsikan, Hanson yang dikenali sebagai guru protokol gaya bangsawan menunjukkan cara masyarakat kelas atas British makan nasi menggunakan garpu.

"Ini adalah etika makan nasi cara orang British.

"Kami tidak menggunakan bahagian hadapan garpu bersama pisau.

"Jadi ketika kami makan nasi dengan garpu dan pisau, kami tolak nasi (dengan pisau) ke bahagian belakang garpu, lalu suapkan ke mulut," jelasnya.

MENARIK DIBACA: Warung kecil, rasa luar biasa! Awas, makan Laksa Telur Sarang Labu mungkin tak cukup semangkuk

MENARIK DIBACA: [V] Dipanggil ‘kuih orang mati’, Serabai kini jadi juadah komersial... Dimakan bersama aneka kuah manis

Etika yang diajarkan Hanson sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial dari pelbagai negara di seluruh dunia apabila masing-masing menganggap cara tersebut sebagai lucu dan menyusahkan.

Malah, ada segelintir netizen secara berseloroh memperkenalkan Hanson dengan sejenis alat dikenali sebagai sudu kerana penggunaannya lebih mudah dan sesuai digunakan untuk makan nasi.

"Terdapat satu objek yang dipanggil sudu. Saya harap ia membantu.

"Saya bersyukur dilahirkan di Nigeria (makan dengan tangan).

"Negara kamu pernah menjajah hampir di seluruh dunia, tapi masih tidak tahu cara makan nasi," beberapa pengguna media sosial meninggalkan komen sindiran.

Makan nasi menggunakan tangan menjadi budaya bukan sahaja orang Melayu bahkan beberapa bangsa lain di seluruh dunia.

Untuk info, Hanson dikenali kerana sering berkongsi panduan mengenai adab makan formal, tatasusila sosial dan gaya hidup bangsawan di Britain.

Selain itu, dia juga merupakan pengarah di The English Manner iaitu sebuah institusi latihan etika terkemuka.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Makanan atas kapal Titanic, sajian kelas atasan dan bawahan jauh beza

Terhangat