info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Makanan atas kapal Titanic, sajian kelas atasan dan bawahan jauh beza

Lead Image

SUDAH lebih 100 tahun berlalu, tragedi kapal Titanic masih menjadi antara kisah yang tidak pernah dilupakan.

Selain kisah kapal mewah itu karam pada 15 April 1912, satu lagi perkara yang sering menarik perhatian adalah hidangan makanan yang dinikmati para penumpangnya.

Rupa-rupanya, menu di atas kapal Titanic tidak sama untuk semua penumpang. 

Hidangan mereka dibezakan mengikut kelas iaitu kelas pertama, kelas kedua dan kelas ketiga.

Penumpang kelas pertama atau first class menikmati hidangan paling mewah.

Menurut laporan Times Of India, penumpang kelas pertama atau first class menikmati hidangan paling mewah pada malam terakhir sebelum kapal itu tenggelam.

Pada makan malam 14 April 1912, mereka disajikan dengan pelbagai juadah yang cukup eksklusif seperti tiram, sup consommé, sup krim, salmon rebus bersama sos mousseline, filet mignon, anak itik panggang, daging kambing dengan sos pudina, sirloin serta burung dara muda panggang.

Manakala, penumpang kelas kedua turut dapat merasai hidangan berkualiti yang biasa dinikmati golongan kelas pertengahan ketika itu.

Untuk sarapan, mereka menikmati hidangan seperti buah pinggang lembu panggang bersama bacon, ikan hering salai, sosej panggang, sandwic dan kentang.

MENARIK DIBACA: Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang

MENARIK DIBACA: Kapal cruise mewah tawar pengalaman gastronomi premium, sajian air tangan Chef Wan jadi tarikan

Manakala makan tengah hari dan makan malam pula menawarkan menu seperti daging lembu panggang, ayam, ikan, makanan panggang, puding, pastri, kek, keju serta kopi.

Antara perkara paling menarik mengenai makanan di Titanic ialah layanan terhadap penumpang kelas ketiga.

Berbeza dengan kebanyakan kapal pada zaman itu, syarikat White Star Line sudah memasukkan kos makanan dalam harga tiket.

Penumpang kelas pekerja dan golongan imigran juga disediakan ruang makan khas, jadi mereka tidak perlu membawa bekalan makanan sendiri.

Penumpang kelas pekerja dan golongan imigran juga disediakan ruang makan khas.

Menu sarapan mereka antaranya bubur oat, ham bersama telur, roti segar serta jem oren (marmalade).

Untuk makan malam pula, mereka mungkin menikmati daging lembu panggang bersama sos gravy, kentang rebus, jagung manis dan puding plum.

Walaupun lebih ringkas berbanding kelas atasan, hidangan itu tetap dianggap mengenyangkan, berkhasiat dan cukup baik mengikut standard kehidupan pada masa tersebut.

Kapal persiaran itu dilengkapi dua dapur besar dengan 19 ketuhar, termasuk antara kemudahan memasak terbesar yang pernah dipasang dalam kapal penumpang pada ketika itu.

Dengan fasiliti serba lengkap itu, dapur Titanic mampu menyediakan hidangan untuk lebih 2,200 penumpang serta anak kapal sepanjang pelayaran.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gigih ajar makan nasi guna garpu, 'mat salih' buat ramai terhibur - "Ada satu objek dipanggil sudu"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Biskut Oreo biasanya manis, kini tampil dengan krim ayam goreng KFC pula!

Terhangat