info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Lemak manis, lembut 'gedik-gedik'... Kaswi jagung bersantan bikin anda jatuh cinta

Lead Image

JIKA anda penggemar kuih tradisional yang lembut, sedikit kenyal dan manis berlemak, kaswi jagung bersantan ini pasti memikat selera.

Teksturnya yang lembut 'gedik-gedik', ditambah pula rasa manis jagung serta lemak santan menjadikan pencuci mulut ini cukup menyelerakan untuk dinikmati, paling sesuai pada minum petang. 

Lebih menarik, hidangan istimewa ini juga mudah disediakan di rumah. 

Apa kata anda cuba sendiri kaswi jagung bersantan seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan, Adik Foods ini.

Pencuci mulut kaswi jagung bersantan ini enak dimakan sejuk.

Bahan-bahan

Kaswi Jagung (bahan A)

  • 1 ½ cawan gula pasir
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan tepung ubi kayu
  • 4 ½ cawan air
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu besar air kapur sirih
  • Pewarna kuning
  • 1 tin jagung manis

Kuah santan (bahan B)

  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan

MENARIK DIBACA: Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

Langkah penyediaan

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mesin pengisar kemudian kisar sehingga halus.
  2. Tuang bahan dikisar tadi ke dalam bekas acuan yang telah disapu sedikit dengan minyak masak.
  3. Kukus selama 15 hingga 20 minit.
  4. Untuk kuah santan pula, masukkan semua bahan B dalam periuk kemudian masak dengan api sederhana sehingga kuah menjadi likat.
  5. Keluarkan kaswi yang dikukus tadi kemudian masukkan kuah santan menggunakan 'piping bag' ke dalam lubang tengah kaswi sehingga penuh.
  6. Taburkan biji jagung manis untuk hiasan.
  7. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Masak lemak pucuk paku guna Sambal Nyet Bilis KA, lagi 'terangkat' bubuh ikan goreng garing

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Bergedil rangup di luar, dalam penuh daging... Cecah sambal kicap memang 'layan'

Terhangat