info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Masak lemak pucuk paku guna Sambal Nyet Bilis KA, lagi 'terangkat' bubuh ikan goreng garing

Lead Image

KALAU ada Sambal Nyet Bilis milik Khairul Aming (KA), biasanya ramai yang makan dengan nasi putih dan lauk lain sebagai pelengkap hidangan.

Sebenarnya, sebotol sambal yang tular itu boleh digunakan untuk hasilkan hidangan tradisi yang enak, termasuklah pucuk paku masak lemak.

Resipi tersebut dikongsikan seorang individu, @ikhwanbasar, menerusi hantaran di laman Threads.

Menurutnya, penggunaan Sambal Nyet Bilis dalam masakan bukan sahaja memudahkan kerja, malah menghasilkan lauk yang sedap untuk dinikmati sekeluarga.

“Sambal yang sedap ini, tambah santan dan beberapa bahan sampingan, boleh jadi lauk makanan sekeluarga. Berbaloi, mudah kerja dan sedap,” katanya.

Menariknya, resipi ini turut menggunakan ikan goreng yang dimasukkan ke dalam kuah masak lemak, sekali gus menjadikannya lebih mengenyangkan.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

 

Bahan-bahan

  • Ikan pilihan
  • Pucuk paku secukupnya
  • 1 botol Sambal Nyet Bilis KA
  • 1 kotak santan
  • Cili padi merah dan hijau
  • 1 batang serai
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi cara mudah masak salai cili api! 'Terbongkar' rahsia ayam Baker's Cottage banyak kegunaan

MENARIK DIBACA: Masak lemak ketam paling senang, tapi teknik kena betul baru sedap!

Cara penyediaan

  1. Lumurkan serbuk kunyit pada ikan pilihan, kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, masukkan cili padi merah, cili padi hijau dan sebatang serai. Tumis seketika.
  3. Masukkan satu botol Sambal Nyet Bilis KA dan kacau sekejap sehingga sebati.
  4. Tuang satu kotak santan dan tambah air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  5. Tambah sedikit serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan pucuk paku dan kacau sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  8. Masak seketika sehingga pucuk paku lembut dan kuah sebati. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Sambal matah dah cukup sedap, tambah ikan bilis garing terus naik 'next level'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Lemak manis, lembut 'gedik-gedik'... Kaswi jagung bersantan bikin anda jatuh cinta

Terhangat