info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Sambal matah dah cukup sedap, tambah ikan bilis garing terus naik 'next level'!

Lead Image

TIDAK kiralah sambal jenis apa yang dinikmati oleh penggemarnyarasa pedas sudah mampu membuatkan nafsu makan melonjak-lonjak.

Bagi sambal matah yang disediakan menggunakan bahan-bahan seperti bawang, cili padi dan serai, siapa sangka sajian ini boleh ditingkatkan kesedapannya dengan menambah ikan bilis garing.

Mudah sahaja untuk disediakan, sambal matah ikan bilis ini sesuai dinikmati bersama nasi panas tidak kiralah makan tengah hari atau malam.

Teringin nak rasai sendiri kenikmatan sambal matah ikan bilis?

Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan pempengaruh asal Indonesia, Amelia ini.

Semua bahan hanya perlu dihiris sebelum digaul bersama minyak panas.

Bahan-bahan

  • 15 biji bawang kecil/merah
  • 4 batang serai
  • 20 biji cili padi
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk ikan bilis 
  • 1/2 inci belacan (dibakar)
  • Garam
  • Perasa
  • Minyak

MENARIK DIBACA: Wanita 'bangga' jimat masa rebus telur ketika masak nasi, tak sedar bahaya menanti

MENARIK DIBACA: Ada muslim tak makan udang, sotong dan ketam sebab haram! Hukum berbeza ikut mazhab

Langkah penyediaan

  1. Hiris nipis bawang kecil, serai, cili padi dan daun limau purut lalu lalu masukkan dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan belacan yang telah dibakar bersama garam dan perasa secukupnya.
  3. Tuangkan minyak panas lalu gaul sehingga sebati.
  4. Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian gaulkan bersama bahan dalam mangkuk.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cempedak muda goreng belacan memang mantap, tak cukup sepinggan nasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Masak lemak pucuk paku guna Sambal Nyet Bilis KA, lagi 'terangkat' bubuh ikan goreng garing

Terhangat