Guna garam cuci sotong supaya tak hanyir, tempoh meramas penting untuk 'jaga' tekstur
POTONG selera jadinya apabila sotong yang dimasak masih meninggalkan bau hanyir walaupun sudah dibersihkan berkali-kali.
Sebenarya ada cara mudah boleh dicuba hanya menggunakan bahan dapur asas iaitu garam.
Pempengaruh masakan, Che Nom, berkongsi petua membersihkan sotong supaya tidak berbau hanyir selepas dimasak.
Menerusi perkongsian video, Che Nom menunjukkan cara membersihkan sotong yang telah dipotong, hanya dengan menggunakan garam.

Che Nom turut mengingatkan supaya sotong tidak diramas terlalu lama kerana dikhuatiri teksturnya menjadi keras selepas dimasak.
"Gunakan satu sudu kecil garam. Tabur pada sotong dan bersihkan sotong. Ramas dalam masa 30 hingga 60 saat sahaja, jangan terlalu lama kerana risau sotong keras.
MENARIK DIBACA: Cef kongsi SOP sebelum goreng ikan masin, kena rendam lama baru dapat rasa asli
MENARIK DIBACA: Jangan keliru, khasiat jeruk jauh beza dengan buah segar! Penghidap asma perlu hati-hati
"Apabila berbuih, bilas sehingga buih hilang menggunakan air paip kemudian toskan air," kongsinya.
Berikut ringkasan cara membersihkan sotong menggunakan garam:

1. Masukkan sotong sudah dipotong ke dalam bekas.
2. Tabur kira-kira satu sudu kecil garam ke atas sotong.
3. Ramas sotong bersama garam selama kira-kira 30 hingga 60 saat sahaja.
4. Apabila sotong mula berbuih, terus bilas menggunakan air paip sehingga buih hilang.
5. Tos air dan sotong sedia untuk dimasak.
Petua ringkas ini sesuai dicuba bagi mereka yang sering berdepan masalah bau hanyir ketika menyediakan hidangan berasaskan sotong.