info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Epal lebam selepas dipotong? Guna petua ini, 4 hari pun masih elok

Lead Image

RAMAI gemar makan epal tanpa dipotong kerana tidak suka melihat isinya bertukar warna seakan coklat gelap.

Bagaimanapun, ada cara mudah dikongsikan Rita Zafrean untuk membantu melambatkan proses epal menjadi lebam menggunakan bahan sedia ada di dapur iaitu garam.

Perkongsian di laman Threads.

"Insya Allah empat hari pun elok lagi epal tu tak lebam," tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Apabila epal dipotong, bahagian isi buah yang terdedah kepada udara akan mengalami proses pengoksidaan dan menyebabkan warnanya berubah menjadi perang.

Larutan air garam pula dipercayai dapat membantu memperlahankan proses tersebut, sekali gus membuatkan hirisan epal kelihatan segar lebih lama.

MENARIK DIBACA: Ambil cuka epal sebelum makan bantu kawal gula, ini cara disarankan

MENARIK DIBACA: Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya

Jom Kuali kongsikan petuanya.

  1. Selepas epal dipotong, rendam hirisan buah selama kira-kira lima minit dalam air garam.
  2. Jika bimbang epal terasa masin, hirisan yang sudah direndam boleh dibilas menggunakan air biasa sebelum dikeringkan.
  3. Selepas direndam, air ditoskan dan hirisan epal dikeringkan menggunakan salad spinner sebelum disimpan di bahagian chiller peti sejuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Guna garam cuci sotong supaya tak hanyir, tempoh meramas penting untuk 'jaga' tekstur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Rebus 3 bahan dapur ini, minum airnya... Masalah badan lesu, perut buncit mungkin selesai

Terhangat