Rebus 3 bahan dapur ini, minum airnya... Masalah badan lesu, perut buncit mungkin selesai
BADAN manusia memang mudah berasa cepat letih, kurang bertenaga dan ada masanya perut membuncit walaupun usia masih muda.
Keadaan sebegini membuatkan ramai mencari petua atau tip yang boleh diamalkan dalam rutin harian.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Kak Vin Thevinsha berkongsi satu petua boleh dicuba individu mengalami masalah lemah tenaga, badan lesu dan perut buncit.

Petua ini menggunakan tiga bahan mudah didapati iaitu serai, daun pandan dan halba.
Ketiga-tiga bahan tersebut hanya perlu direbus bersama air sebelum diminum.
MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli
MENARIK DIBACA: Wanita anggap 'rare' masak sambal bubuh santan... Ramai tak setuju, dah berzaman nenek moyang buat!
“Bahan-bahan ini perlu dimasak atas api sehingga menggelegak. Setelah siap, air rebusan ini boleh diminum seminggu dua kali sebagai amalan,” kongsinya.
Bagi penyediaan, katanya, sukatan boleh disesuaikan mengikut jumlah air digunakan.
Untuk satu liter air, dia mencadangkan penggunaan satu sudu teh halba, lima helai daun pandan dan tiga batang serai.

Kesemua bahan tersebut kemudian dimasukkan ke dalam air dan dimasak sehingga mendidih.
Menurutnya, gula tidak perlu ditambah supaya air rebusan itu boleh dinikmati tanpa rasa terlalu manis.
Lebihan air rebusan juga boleh disimpan dengan cara membekukannya menjadi kiub ais.
Kaedah itu memudahkan air rebusan disimpan dan digunakan kemudian mengikut keperluan.
Jika keadaan berterusan atau mengganggu aktiviti harian, pemeriksaan kesihatan wajar dipertimbangkan bagi mengenal pasti puncanya.