info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita anggap 'rare' masak sambal bubuh santan... Ramai tak setuju, dah berzaman nenek moyang buat!

Lead Image

SETIAP individu pasti ada bahan rahsia yang digunakan turun temurun untuk menyedapkan lagi rasa masakan harian.

Mungkin ada sesetengah petua atau tip kedengaran pelik bagi generasi sekarang walau hakikatnya ia sudah lama diamalkan.

Di Threads seorang wanita berkongsi amalan memasukkan santan apabila memasak sambal bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap.

"Aku sahaja 'derhaka' resepi. Masak sambal letak santan. 'Auto' sedap berlemak-lemak ya," tulisnya.

Di ruangan komen, ramai yang tampil dan menyatakan bahawa mereka kurang setuju dengan perkataan 'derhaka' kerana kaedah itu sebenarnya bukan perkara baharu.

Malah, sebahagian besar warga maya mendedahkan penggunaan santan dalam sambal tumis merupakan rahsia tradisi keluarga mereka sejak sekian lama.

Sebahagian warga maya mendedahkan bahawa penggunaan santan di dalam sambal tumis merupakan rahsia tradisi keluarga mereka sejak sekian lama.

"Kita setiap kali buat sambal udang memang tak tinggal santan! Sebab membesar dengan mak masak macam itu.

"Mak aku masak begini memang sedap! Tambah pula kalau sambal sotong dengan petai. Gila lagi," antara komen netizen.

Ada juga yang mengakui mula mencuba kaedah tersebut selepas terpengaruh dengan resipi ibu kepada penyanyi Nubhan.

MENARIK DIBACA: Ada sebab orang dulu-dulu tak guna sabun cuci lesung batu, cuma jirus air panas

MENARIK DIBACA: Keenakan mi lidi jadi bualan, 'kalah' mi kuning - "Rencah bodoh-bodoh sedap dah"

"Saya pertama kali tengok resipi mak Nubhan masak sambal letak santan, cuba buat betul sedap. Ke memang saya pandai masak?

"Mak selalu masak dari saya kecil, sambal tumis santan. Sedap ya kalau letak udang lagi surr," komen warganet lagi.

Sebahagian netizen berkongsi bahawa di negeri-negeri utara tanah air, penggunaan santan dalam sambal adalah perkara biasa khususnya di kawasan kampung.

Antara komen di Threads.

"Mana ada derhaka. Belah utara dah lama buat dari moyang saya pun masak letak santan sikit.

"Tak ada derhaka pun, orang kampung-kampung dah lama pakai santan," jelas beberapa netizen.

Tak kurang juga yang mendedahkan beberapa bahan rahsia lain sebagai penyedap sambal.

"Saya pula letak cooking cream, jauh lebih sedap dan rasa lemak-lemak manis.

"Letak coklat, Cadbury atau Nutella. Thanks me later. Lagi sedap dari letak santan," kongsi warganet lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Pelajar hilang ingatan selepas alami keracunan makanan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

MAHA 2026 berakhir... 9 makanan ini masih disebut pengunjung, dianggap paling sedap

Terhangat