info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

MAHA 2026 berakhir... 9 makanan ini masih disebut pengunjung, dianggap paling sedap

Lead Image

BAHAGIAN makanan antara lokasi menjadi tumpuan pengunjung pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 sepanjang 10 hari penganjurannya yang berakhir 6 September lalu.

Ada sanggup beratur panjang semata-mata mahu mencuba makanan tular dan menjadi sebutan ramai.

Terbaharu, seorang individu di Threads menjadi perhatian ramai apabila berkongsi senarai makanan dianggap paling sedap yang dijual di MAHA 2026.

Menerusi hantaran tersebut, dia secara berseloroh mencadangkan supaya diwujudkan satu kategori khas untuk memilih makanan paling sedap di acara berkenaan.

Daripada bahulu hingga jeli kelapa, ini antara makanan mendapat perhatian.

"Calon-calon bagi anugerah makanan sedap di MAHA 2026. Calon pertama jatuh kepada Bahulu Kak Som, Red Velvet Coklat.

"Calon kedua, ketiga dan seterusnya silakan sambung. Supaya MAHA 2028 nanti ada lagi jenama terbaik ini," kongsinya di Threads.

Topik ini terus mendapat perhatian apabila dia mengulang siar senarai lapan lagi makanan dianggap sedap sebagai rujukan buat pengunjung lain untuk penganjuran MAHA akan datang.

Berikut adalah lapan makanan disenaraikan: 

1. Coconut Musco 

Tekstur jeli kelapa lembut, kenyal dan menyegarkan, menjadikannya pilihan menarik untuk dinikmati sebagai pencuci mulut atau kudapan, terutama ketika cuaca panas.

MENARIK DIBACA: Rahsia waffle rangup di luar gebu di dalam tanpa bahan penaik

MENARIK DIBACA: Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia

2. Soyttenham 

Soyttenham pula menawarkan minuman air soya menyegarkan dengan rasa kacang soya lembut dan ringan sesuai dinikmati sejuk, terutama selepas puas berjalan-jalan. 

3. Sambal Hitam Tokey 

Jenama ini antara pilihan peminat sambal. Gabungan rasa pedas dan masam cukup menyelerakan menjadikannya sesuai dimakan bersama nasi panas atau dijadikan pencicah.

Ada yang sanggup beratur panjang demi mencuba makanan tular.

4. Susu Samika 

Susu Samika juga tidak kurang mendapat perhatian apabila perisa vanila dan 'honeydew' antara menjadi pilihan pengunjung.

5. Serabai Rumah Atap Kuning

Juadah tradisional ini mendapat sambutan kerana teksturnya lembut dan gebu, ditambah pula dengan kuah manis dan berlemak memberikan kepuasan dalam setiap suapan. 

6. Keropok Lekor KH Industry

Keropok Lekor KH Industry pula mengetengahkan kudapan popular dari Terengganu yang terkenal dengan teksturnya yang kenyal dengan rasa ikan menonjol.

Aneka juadah dari serata negeri menarik perhatian pengunjung.

7. Putu Perak

Kuih berasaskan tepung beras ini mempunyai tekstur lembut dan sedikit berderai, dengan rasa manis serta aroma kelapa cukup menyelerakan.

8. Mee Sotong Pavilion Pulau Pinang

Hidangan mi ini mencuri perhatian kerana gabunga antara rasa pedas, manis dan sedikit berempah bersama sotong.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita anggap 'rare' masak sambal bubuh santan... Ramai tak setuju, dah berzaman nenek moyang buat!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Gerai akak tembikai meriah! Menang main 'batu-gunting-kertas' dapat jus percuma

Terhangat