Rahsia waffle rangup di luar gebu di dalam tanpa bahan penaik
SIAPA sangka, sekeping waffle mampu membangkitkan selera ramai dinikmati pula bersama air coklat panas ketika waktu petang memang ngam!
Sajian kegemaran ramai itu bahkan sedap dinikmati bersama madu, ais krim, buah-buahan atau sekadar mentega cair.
Namun, tidak semua waffle dibuat itu sedap dan sempurna kerana ada yang terlalu liat, lembik atau kurang rasa.

Jadi, apakah rahsia untuk menghasilkan waffle yang benar-benar sedap?
Di sini Kuali kongsikan rahsia-rahsia untuk mendapatkan waffle rangup di luar, gebu di dalam dan pastinya memikat selera.
Rahsia utama waffle gebu dan ringan adalah dengan memukul putih telur secara berasingan hingga kembang dan berketul lembut.
MENARIK DIBACA: Tak payah penat-penat uli doh, roti putih pun sedap dibuat kulit karipap
MENARIK DIBACA: Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu
Putih telur yang sudah dipukul dimasukkan ke dalam adunan dan digaul dengan cara perlahan supaya adunan kekal ringan dan gebu.
Teknik ini memberikan tekstur waffle lebih gebu dan 'fluffy' tanpa perlu bergantung pada bahan penaik semata-mata.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula (boleh campur gula perang)
- 2 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- 2 biji telur (asingkan putih & kuning)
- 1¾ cawan buttermilk (atau susu + cuka/lemon)
- ½ cawan mentega cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan
- Campurkan semua bahan kering dalam satu bekas.
- Dalam bekas lain, pukul kuning telur, buttermilk, mentega cair dan esen vanila.
- Satukan bahan kering dan basah serta jangan overmix.
- Pukul putih telur hingga kembang kemudian lipat perlahan ke dalam adunan.
- Biarkan adunan rehat selama 15–30 minit.
- Panaskan waffle maker, sapu sedikit minyak atau mentega.
- Tuang adunan dan masak sehingga waffle keemasan serta rangup.